Monday, May 14, 2012

Harga Emas Jatuh Mendadak! Bila Akan Naik?

Jika anda perhatikan, harga emas sekarang ini sedang membentuk Chart Pattern yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008, ketika berlakunya krisis Sub Prima di Amerika, dan untuk tahun ini Pattern yang sama terbentuk disebabkan oleh krisis Zon Euro.


Pattern yang dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu "Continuation Pattern", dan kebiasaannya harga akan gagal kira-kira 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira-kira 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.

Sekiranya percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 terus gagal, maka biasanya harga akan naik semula dan melepasi garisan merah condong di atasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.

Dan biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.

Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk. Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 - 2010.


SUMBER - www.pelaburjutawan.com/2012/05/bila-harga-emas-nak-naik.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...