Saturday, September 22, 2007

Harga emas tertinggi RM2,570 satu aun

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Harga emas global melambung ke paras tertinggi dalam tempoh 27 tahun di Pasaran Hadapan Komoditi (COMMEX) di New York Merchantile Exchange (NYMEX) mencecah AS$745 (RM2,570) bagi satu aun troy (unit ukuran emas pasaran global) hari ini.

Kenaikan harga komoditi itu dikaitkan dengan tindakan pelabur-pelabur global menjual dolar Amerika Syarikat (AS) secara besar-besar untuk membeli emas, setelah kerajaan AS melaksanakan penurunan kadar faedah.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada Rabu lalu membuat keputusan menurunkan kadar faedah negara itu sebanyak 50 mata asas daripada 5.25 peratus kepada 4.75 peratus.

Pakar Ekonomi Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd., Anthony Dass berkata, langkah AS menurunkan kadar faedah dilihat oleh pelabur akan menyebabkan meningkatnya kecairan dan kadar inflasi menerusi penyusutan nilai dolar AS.

“AS mengambil penyelesaian jangka pendek menurunkan kadar faedah, tetapi pelabur melihat langkah itu akan menaikkan inflasi, maka mereka menjual dolar dan membeli logam berharga kalis inflasi seperti emas, di samping mata wang negara lain yang lebih kukuh.

SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...