Saturday, April 28, 2012

[UPDATE] Rekod Harga Emas dan Perak - 28 April 2012


Tarikh: 28/04/2012
Gold - USD 1662.80
Silver - USD 31.27

Kijang Emas
31.1 g
RM 5361.00
RM 5150.00
Maybank GIA
1 g
RM 165.70
RM 158.87
Gold Bar
10 g
RM 1832.00
RM 1686.00
1 Dinar
4.25 g
RM 744.00
RM 700.00
Silver Bar
100 g
RM 396.00
RM 336.00
10 Dirham
29.75 g
RM 131.00 
RM 110.00

Wednesday, April 25, 2012

Kuasa Untuk Kekal Positif dan Berjaya!

#1 – The Power of Gratitude (Kuasa Bersyukur)

“Setiap makhluk dalam alam kehidupan ini dikurniakan dengan prinsip bersyukur.”

Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak peluang kita untuk menghargai kehidupan yang dikurniakan Tuhan. Sebaik sahaja kita melafazkan kata-kata kesyukuran, ia membuka minda kita untuk mempercayai tentang kebesaranNya.


Bagi yang miskin harta, bersyukur kerana masih dikurniakan tangan, kaki dan akal untuk bergerak serta melakukan aktiviti harian. Kerana masih ramai lagi yang terlantar di katil akibat masalah kesihatan dan sebagainya.

Ketika mereka mahukan kehidupan normal, kita pula merungut dan melupakan keindahan yang Tuhan telah berikan. Langkah pertama untuk mempraktikkan kuasa kesyukuran adalah menerusi pengalaman kita merasai degupan jantung kita.


Tekapkan tangan di dada dan rasai setiap degupan jantung. Dari situ, akan timbul rasa kesyukuran kepada Tuhan, kerana masih mengurniakan kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mencapai impian dalam kehidupan.


#2 – The Power of Focus (Kuasa Fokus)

Fokus adalah satu daripada rahsia tersembunyi dalam setiap diri usahawan yang kaya dan berjaya.

Antara fokus yang ditekankan ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu perkara sehingga habis.


Dalam masa yang sama, manusia yang fokus dalam kehidupan mereka adalah manusia yang mempunyai visi yang jelas dalam hidupnya.


#3 – Power of Dreams (Kuasa Impian)

“Impian adalah langkah pertama dalam transformasi kehidupan yang lebih kaya, berjaya dan bahagia.”

Tidak ada seorang manusia yang berjaya di muka bumi ini hidup tanpa impian. Sebaik sahaja kita memiliki impian, ia menandakan kita sudah mempunyai motif untuk hidup di dunia ini.

Justeru itu, ambil masa untuk memikirkan dan mendalami impian kita dalam hidup ini.


Bagi yang beragama Islam, impian itu lebih mulia apabila disinergikan dengan matlamat untuk membantu menyelesaikan masalah, dan menambah nilai dalam kehidupan manusia di muka bumi.


#4 – Power of Action (Kuasa Tindakan)

Kuasa bertindak adalah kuasa yang paling kuat apabila dikaitkan dengan topik kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan.

Orang yang berjaya dalam hidupnya adalah mereka yang percaya dengan kuasa bertindak. Semakin banyak kita bertindak, semakin dekat kejayaan dengan diri kita.

Oleh yang demikian, mulakan dengan sekecil-kecil tindakan. Ibarat satu daripada prinsip samurai:

“Kami tidak takut bergerak dengan perlahan. Tetapi kami lebih takut berdiri dan tidak melakukan sebarang pergerakan.”



#5 – Power of Giving (Kuasa Memberi)

“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah.” (Hadis riwayat At-tirmidzi)

Setiap kali kita memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain, setiap kali itu akan terbukanya keajaiban pintu rezeki yang diturunkan Tuhan. Belajar untuk memberi walaupun sedikit.


Kerana memberi itu adalah jalan untuk membuka lebih banyak pintu rezeki. Kuasa memberi jelas dalam dunia perniagaan. Kita sebagai peniaga sebenarnya diletakkan sebagai pemberi.

Kerana seorang peniaga itu memberikan khidmat untuk para pelanggannya.


SUMBER - http://www.majalahniaga.com/reunion-imkk-5-rahsia-mencapai-kekayaan-kejayaan-dan-kebahagiaan-dalam-hidup.html

Thursday, April 12, 2012

3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang

Rakyat Malaysia mengalami masalah kritikal dalam pengurusan kewangan iaitu kebocoran wang. Di mana kita tidak sedar duit kita pergi ke mana setiap bulan.

Lebih menarik, sebenarnya kita sendiri merancang untuk membocorkan wang itu. Bagi seorang pekerja, situasi ini biasanya berlaku ketika kita hampir memperoleh gaji setiap akhir bulan.


Minda kita sudah merancang mahu membeli barang yang diimpikan, membayar beberapa keperluan, dan pelbagai lagi. Keputusan ini yang membuatkan ramai orang terjerumus dalam masalah ‘saya tidak cukup wang.’

Mereka lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Dalam fikiran mereka, membayar bil-bil lebih penting daripada membayar kepada diri sendiri.

Jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kebocoran wang ialah:-

1. Jangan bagi pinjam duit.
2. Tahu kehendak, tahu keperluan.
3. Belajar simpan wang.


Rahsia #1 – Jangan Bagi Pinjam Duit

Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan aktiviti memberikan wang pinjaman tanpa kontrak kepada rakan-rakan atau saudara mara. Masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang gemar memberikan pinjaman ini adalah, kesukaran untuk memperolehnya semula.

Justeru itu, kita tidak boleh meminjamkan wang kepada orang sekeliling.

Namun begitu, ia tidak bermaksud kita menanamkan sifat kedekut dalam diri. Sekiranya kita ingin memberikan wang pinjaman, berikan dalam jumlah yang kita mampu sahaja.

Contoh dalam situasi ini:

“Ahmad, boleh aku pinjam RM10,000?”

Jawapan Ahmad terhadap rakannya akan berbunyi seperti berikut:

“Saya minta maaf, saya tidak berikan pinjaman RM10,000 kepada awak. Tetapi saya boleh berikan RM100. Ini sahaja yang saya mampu.”

Contoh di atas menjelaskan, jangan sesekali memberikan wang untuk dipinjamkan jika jumlah itu di luar kemampuan kita. Dikhuatiri nanti kita yang akan hidup merana selepas memberikan pinjaman.


Berikan wang pinjaman yang kita mampu dan tidak risau jika ia tidak mampu dipulangkan semula dalam jangka masa terdekat. Ia lebih menenangkan hati.


Rahsia #2 – Tahu Kehendak, Tahu Keperluan

Kehendak dan keperluan adalah dua maksud yang berbeza. Lumrah manusia mempunyai kedua-duanya. Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita mempunyai pilihan untuk mengawalnya.

Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan.

Kehendak adalah sesuatu yang kita rasa kita mahu dapatkan, tanpa mengambil kira tentang kesannya untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita hendak membeli iPhone 4S kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.


Tindakan membeli barang berlandaskan kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku.

Justeru itu, sentiasa tanya soalan ini sebelum membeli sesuatu.

“Adakah aku betul-betul perlukan benda ini?”


Rahsia #3 – Belajar Simpan Wang

“Sedikit-sedikit, lama-lama wang berbukit.”


Semasa kecil, kita sering dinasihati oleh kedua orang tua untuk menyimpan dan belajar menabung. Menyimpan wang adalah aktiviti yang mendorong kepada kekayaan.


Kesilapan orang yang miskin wang adalah mereka yang gagal menyimpan wang dengan baik. Biasanya wang simpanan itu akan digunakan sebagai ‘wang kecemasan’ dan sewaktunya.

Apa yang perlu kita lakukan adalah mewujudkan satu akaun khas untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan keseluruhan setiap bulan. Kemudian buang atau bakar semua maklumat mengenai amaun yang ada dalam akaun itu.

Anggap ia sebagai wang hangus. Dalam masa 10 hingga 15 tahun, wang itu akan berkembang menjadi ratusan ribu. Kemudian ia boleh digunakan untuk membeli barang impian kita atau memulakan pelaburan.



SUMBER - http://www.majalahniaga.com/dr-azizan-osman-3-rahsia-menampal-kebocoran-wang.html

Wednesday, April 11, 2012

Public Gold Products

Produk emas dan perak keluaran Public Gold terbahagi kepada 7 iaitu:-

1. Gold Bars (999)
2. Gold Coins (999)
3. Silver Bars (999)
4. Dinar - Gold Islamic Coins (916)
5. Dirham - Silver Islamic Coins (999)
6. i-Series (916)
7. Jewellery (916)

Mana satu yang terbaik untuk anda?

Semuanya bergantung atas diri anda sendiri, dari segi aspek modal dan juga tempoh pelaburan.

Jika anda mahukan keuntungan dalam tempoh jangka masa panjang (5-10 tahun), elok beli silver.

Jika anda mahukan keuntungan dalam tempoh jangka masa sederhana (1-2 tahun), elok beli gold.

Dalam masa jangka masa sederhana, emas lebih menguntungkan daripada silver. Tetapi dalam jangka masa panjang, silver lebih menguntungkan daripada emas.

Jika anda mempunyai modal yang sedikit, elok beli dinar/dirham (lebih murah).

Jika anda mempunyai modal yang sederhana/banyak, elok beli gold bar (kualiti emas lebih tinggi).

Jika anda mahukan keuntungan melalui pajak gadai emas, elok beli i-series.

p/s - Jika mahukan keuntungan dalam tempoh jangka masa pendek dan mempunyai banyak modal, elok daftar jadi dealer. Keuntungan pelaburan + perniagaan + pahala kongsi ilmu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...