Wednesday, April 25, 2012

Kuasa Untuk Kekal Positif dan Berjaya!

#1 – The Power of Gratitude (Kuasa Bersyukur)

“Setiap makhluk dalam alam kehidupan ini dikurniakan dengan prinsip bersyukur.”

Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak peluang kita untuk menghargai kehidupan yang dikurniakan Tuhan. Sebaik sahaja kita melafazkan kata-kata kesyukuran, ia membuka minda kita untuk mempercayai tentang kebesaranNya.


Bagi yang miskin harta, bersyukur kerana masih dikurniakan tangan, kaki dan akal untuk bergerak serta melakukan aktiviti harian. Kerana masih ramai lagi yang terlantar di katil akibat masalah kesihatan dan sebagainya.

Ketika mereka mahukan kehidupan normal, kita pula merungut dan melupakan keindahan yang Tuhan telah berikan. Langkah pertama untuk mempraktikkan kuasa kesyukuran adalah menerusi pengalaman kita merasai degupan jantung kita.


Tekapkan tangan di dada dan rasai setiap degupan jantung. Dari situ, akan timbul rasa kesyukuran kepada Tuhan, kerana masih mengurniakan kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mencapai impian dalam kehidupan.


#2 – The Power of Focus (Kuasa Fokus)

Fokus adalah satu daripada rahsia tersembunyi dalam setiap diri usahawan yang kaya dan berjaya.

Antara fokus yang ditekankan ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu perkara sehingga habis.


Dalam masa yang sama, manusia yang fokus dalam kehidupan mereka adalah manusia yang mempunyai visi yang jelas dalam hidupnya.


#3 – Power of Dreams (Kuasa Impian)

“Impian adalah langkah pertama dalam transformasi kehidupan yang lebih kaya, berjaya dan bahagia.”

Tidak ada seorang manusia yang berjaya di muka bumi ini hidup tanpa impian. Sebaik sahaja kita memiliki impian, ia menandakan kita sudah mempunyai motif untuk hidup di dunia ini.

Justeru itu, ambil masa untuk memikirkan dan mendalami impian kita dalam hidup ini.


Bagi yang beragama Islam, impian itu lebih mulia apabila disinergikan dengan matlamat untuk membantu menyelesaikan masalah, dan menambah nilai dalam kehidupan manusia di muka bumi.


#4 – Power of Action (Kuasa Tindakan)

Kuasa bertindak adalah kuasa yang paling kuat apabila dikaitkan dengan topik kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan.

Orang yang berjaya dalam hidupnya adalah mereka yang percaya dengan kuasa bertindak. Semakin banyak kita bertindak, semakin dekat kejayaan dengan diri kita.

Oleh yang demikian, mulakan dengan sekecil-kecil tindakan. Ibarat satu daripada prinsip samurai:

“Kami tidak takut bergerak dengan perlahan. Tetapi kami lebih takut berdiri dan tidak melakukan sebarang pergerakan.”



#5 – Power of Giving (Kuasa Memberi)

“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah.” (Hadis riwayat At-tirmidzi)

Setiap kali kita memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain, setiap kali itu akan terbukanya keajaiban pintu rezeki yang diturunkan Tuhan. Belajar untuk memberi walaupun sedikit.


Kerana memberi itu adalah jalan untuk membuka lebih banyak pintu rezeki. Kuasa memberi jelas dalam dunia perniagaan. Kita sebagai peniaga sebenarnya diletakkan sebagai pemberi.

Kerana seorang peniaga itu memberikan khidmat untuk para pelanggannya.


SUMBER - http://www.majalahniaga.com/reunion-imkk-5-rahsia-mencapai-kekayaan-kejayaan-dan-kebahagiaan-dalam-hidup.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...