Thursday, December 29, 2011

Apa itu Overdraft (OD)? Apakah PERBEZAAN dengan Pinjaman Peribadi (Personal Loan) Bank?

Secara amnya OD atau kemudahan Overdraft (Overdraft facility) adalah sejenis pinjaman (loan), tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, pinjaman kenderaan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di 'standby' kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.


Ciri-ciri OD :-

1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (menggunakan kemudahan cek).


2. Selalunya memerlukan cagaran sama ada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap (Fixed Deposit) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).

3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu, jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.

Kalau anda sudah lama dengan bank tersebut, manakala kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. Sebagai contoh, anda mencagarkan Fixed Deposit berjumlah RM10,000, kemungkinan besar akan dapat RM20,000 OD.

4. OD ni boleh dipohon oleh pelanggan individu atau pun syarikat.

5. Persamaan OD dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.

Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-
> Kadar faedah OD = BLR – 1.5%
> kalau BLR semasa ialah 5.55% maka
> Kadar faedah OD anda = 5.55% - 1.5% = 4.05%


Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 7% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 5.5% (7% - 1.5%). Siapakah yang mengumumkan BLR...Bank Negara lah yang selalu akan umumkan BLR.


Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-
1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
2. Monthly rate
3. Daily rate

Jenis-jenis rate di atas akan mengenakan faedah yang berbeza. Jadi, walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza. Kadar Flat rate adalah yang paling mahal.

6. OD juga boleh digabungkan dengan Pinjaman Perumahan (Housing Loan) - Sebagai contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda sudah membayar sebanyak RM40,000 dan baki pinjaman sebanyak RM60,000 maka pihak bank akan memberi kemudahan OD sebanyak RM40,000. Itu juga, tertakluk kepada nilai pasaran rumah anda itu. Keadaan ini juga, bergantung kepada pihak bank kerana bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.


7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda - Jika anda gunakan asset tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda sudah gunakan sepenuhnya nilai OD anda, maka anda perlu selesaikan perbezaannya.

Sebagai Contoh:
=> Amount OD diluluskan - RM100,000
=> Nilai pasaran cagaran - RM90,000
=> Jumlah OD yang anda sudah dan sedang anda gunakan sebanyak RM100,000
=> Jumlah hutang yang perlu anda bayar serta-merta kepada bank ialah Jumlah OD sudah digunakan ditolak jumlah cagaran iaitu RM100,000 - RM90,000.

Jika anda tidak menggunakan OD tersebut sehingga nilai maksima, kemungkinan bank akan turunkan jumlah OD yang boleh anda gunakan itu.

8. Permohonan untuk OD agak sama dengan pinjaman-pinjaman yang lain terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD atau 95% nilai ASB anda. Tempoh permohonan adalah lebih cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda itu mempunyai risiko yang terlalu rendah kepada bank. Bagi kemudahan OD yang digabungkan bersama pinjaman perumahan, anda mungkin tidak memerlukan permohonan baru kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.

9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja. Jika anda tidak gunakan sesuatu jumlah wang dalam OD tersebut, jadi tiada apa-apa feadah yang dikenakan.

10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk jumlah OD yang tidak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tidak menggunakannya tetapi bank telah pun 'standby' kan jumlah OD anda itu dan menunggu untuk anda gunakan.


11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.

12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000 yang masih tidak mencukupi itu akan secara automatik diambil dari kemudahan OD anda itu.


Peringatan!!! Kemudahan OD amat berguna jika kita tahu manfaatkannya. Tetapi jika salah guna ianya sama seperti penggunaan kad kredit di mana ianya boleh membebankan anda.

Kelebihan OD ini ialah ianya satu kemudahan standby facility dan jika tidak menggunakannya maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fees untuk mengekalkan kemudahan ini. Jika anda sesak nafas dari segi kewangan dan memerlukan duit segera maka anda tidak perlu pening-pening kepala guna kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along……


Akhir kata...ade OD boleh dapat Emas, ade Emas boleh buat OD...mcm formula 1+2=3 @ 2+1=3 @ 1.5+1.5=3 ... pusing pusing mcm mana pun...sama je!


SUMBER - http://www.facebook.com/groups/116522485028306/doc/347149865298899/

Sunday, December 11, 2011

Hidangan Makanan Bersalut Emas

Ayam Panggang Emas
Restoran Steakhouse Blackstone Long Island di Amerika Syarikat menyajikan ayam panggang disalur daun emas 24 karat dihidangkan bersama kentang lenyek dan lobak.



Sushi bersalut Daun Emas
Sushi Roku di Caesars Palace Las Vegas digulung bersama daun emas 24 karat berintikan daging lembu Kobe, udang karang dan cendawan hitam.



White truffle Bagel
Restoran di Westin New York menyajikan sandwic dan bagel berinti krim keju putih ditabur serbuk emas serta beri goji dan Riesling berharga RM3,176 (AS$1,000) setiap satu



Aiskrim Sundae
Restoran New York Serendipity menjual aiskrim coklat Sundae Emas, diliputi 23 karat daun emas daun disertakan sudu khas emas 18 karat juga berharga RM3,176 (AS$1,000).



Kek Coklat Emas dan Berlian
Usahawan Angelito Araneta Jr menjual kek coklat yang mengandungi daun emas 24 karat dan berlian kecil berharga kira-kira RM7940.42 (AS$2,500) seke­­ping. Kek itu dibuat khusus untuk lelaki yang berhasrat melamar teman wanita mereka.



Kek Perkahwinan Emas
Kek perkahwinan bersalut daun emas banyak dijual di beberapa kedai kek di Britain namun harganya murah iaitu pada kadar RM24.50 bagi sekeping daun emas.



Capuccino Emas
Hotel Emirates Palace menjual cappuccino dengan campuran serbuk emas 24 karat dengan kulit kayu manis berharga RM79.40 9 (AS$25) secawan.



Kaviar
Kaviar atau telur ikan yang menjadi sajian mewah Russia ini ditabur serbuk emas dan dibalut dengan daun emas 24 karat berharga RM155,000 (AS$49,000)



SUMBER - http://laman-seri.blogspot.com/2011/12/menu-emas.html

Fakta dan Sejarah Yang Wajib Anda Baca Sebelum Membuat Pelaburan



Di bawah merupakan senarai perkara yang anda akan ketahui di dalam e-book ini:

  • Apa yang menyebabkan emas itu penting dan kenapa ianya penting untuk anda
  • Adakah ekonomi negara kita stabil?
  • Adakah melabur dalam emas selamat? Berapa anda boleh dapat jika anda melabur dalam emas.
  • Apa kaitan negara kita dengan kestabilan ekonomi Amerika Syarikat?
  • Jika Amerika Syarikat bankrap, adakah kita akan mengikut jejak langkah mereka?
  • Apa yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan wang anda daripada kehilangan kuasa beli? (Klu: anda sudah tahu mengenainya!)
  • Bagaimana untuk melihat masa hadapan kewangan anda – dengan melihat apa yang berlaku pada zaman lampau
  • Apa kaitan negara India dan China jika anda ingin melabur dalam emas dan perak?

Dan bukan itu sahaja. Anda juga akan mengetahui:

  • 8 faktor yang anda perlu tahu sebelum anda melabur di dalam emas dan 4 faktor sebelum anda melabur dalam perak.
  • Adakah penipuan sesuatu yang berlaku di dalam pasaran emas?
  • Ketahui sama ada unsur jenayah ada di dalam pasaan perak. (Hint: anda akan dibawa ke tahun 1979 untuk pendedahan)
  • Emas bukan sahaja digunakan dalam barang kemas, ianya digunakan di dalam... ketahui di bab “Apa itu Emas?”
  • 33 sebab kenapa anda perlu membeli perak dan 14 sebab kenapa anda perlu membeli emas... sekarang. Dan salah satu daripadanya berkait rapat dengan kebebasan anda.
  • Adakah kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat memberi impak kepada harga emas?
  • Jika penawaran wang dollar US meningkat, apa yang akan berlaku?
  • Penawaran emas semakin sedikit, permintaan semakin meningkat, apa yang akan jadi dengan emas?
  • Beberapa agensi yang mengawal komoditi di pasaran. Adakah mereka memanipulasi harga komoditi?

Jika anda ingin mengetahui mengenai pasaran emas dan perak...

  • Adakah harga emas dan perak tidak menentu?
  • Bagaimana untuk melabur di dalam emas dan perak
  • Adakah anda patut memilih akaun pelaburan emas atau emas fizikal?
  • Perbezaan pelaburan emas dengan yang lain-lain.
  • Bagaimana untuk mencari ilmu berkaitan emas dan perak (bukan semua boleh pakai!)
  • Adakah bank pusat memanipulasi harga perak?
  • Lebih teruk kepercayaan orang ramai kepada sistem kewangan global, semakin __________ harga emas dan perak
  • Kesan emas palsu kepada harga perak
  • Satu peralatan yang menyebabkan perak lebih banyak digunakan (ingat: lagi banyak permintaan, lagi tinggi harga perak!)
  • Kenapa tidak ramai orang simpan perak – dan ianya satu sebab yang tidak logik.
  • Adakah asas emas dan perak itu sama?
  • Satu keadaan yang menyedihkan mengenai perak – ianya berkaitan dengan emas dan media massa.
  • Ratio emas dan perak – bila masa sesuai untuk melabur dalam emas atau perak?
  • Adakah penawaran perak dalam keadaan yang selamat?
  • Sebahagian besar perak tidak digunakan dalam pasaran barang kemas tapi digunakan untuk pasaran _____________
  • Fakta: ada kedai yang kehabisan perak kerana ramai orang takut dengan ________
  • Keadaan inflasi mendorong kepada?
  • Perbezaan ketara emas dan perak
  • Dahulu apabila harga emas mencecah $250, mereka kata emas itu “bakal jatuh”, dan sekarang emas sudah mencecah $1,400, mereka kata perkara yang sama. Hakikatnya ada di dalam topik Cubaan Kajian Tanpa Berat Sebelah.
  • Adakah emas betul-betul tempat selamat untuk melabur?
  • Apa yang patut anda lakukan jika krisis ekonomi berlaku?
  • Status emas dalam aset kewangan global – berapa peratus emas berbanding semua aset kewangan lain?

Pelbagai fakta mustahak mengenai emas akan didedahkan seperti:

  • Adakah harga perak cenderung naik seperti orang gila?
  • Apakah yang berlaku kepada penasihat kewangan yang menasihati kliennya untuk menjual perak yang mereka miliki pada tahun 2006?
  • Adakah anda patut mempercayai 100% apa yang diberitahu oleh penasihat kewangan?
  • Apakah negara yang mempunyai permintaan emas yang paling banyak?
  • Apa yang telah berlaku pada China dalam tahun 2004... yang menyebabkan permintaan emas semakin meningkat sekarang!
  • Permintaan daripada negara China SAHAJA boleh menyebabkan harga emas naik ke $1,450/ounce! (nota: sudah meningkat kepada $1,800!!)
  • Permintaan untuk perak hanyalah $12.5 bilion, dan apakah impaknya kepada pelaburan perak anda?
  • Harga emas boleh mencapai $2,400 hanya berdasarkan kepada ____________, dan boleh mencapai $4,000 jika mahu. Fakta di dalam bab ini.
  • Di mana anda boleh beli emas dan perak?
  • Perbezaan setiap akaun pelaburan emas
  • Pelaburan emas vs unit trust, mana satu kurang risiko?
  • Bagaimana untuk kehilangan RM17,000 dalam masa setahun
  • Adakah anda patut melabur ke dalam stok?
  • Adakah anda memperjudikan masa depan anda dengan melabur ke dalam stok?
  • Bagaimana untuk rugi dua kali ganda dengan mudah. Hint: jika harga turun RM1, anda akan rugi RM2.
  • Kenapa dengan menunggu kuasa membeli anda akan berkurangan
  • Bon dengan emas – mana satu nampak lebih menarik?
  • Adakah hartanah pelaburan yang baik sekarang?
  • Adakah pelaburan hartanah pelaburan yang baik dalam jangka panjang?
  • Ada tak risiko kalau kita membuat pelaburan hartanah?
  • Cara mudah untuk mendapat pendapatan pasif... yang sedikit.
  • Keperluan yang anda perlu tahu jika anda mahu melibatkan diri di dalam FOREX
  • Persediaan minda yang anda perlu lakukan untuk memastikan anda bersedia untuk FOREX
  • Beberapa contoh technical indicators yang anda perlu belajar jika ingin bermain FOREX.
  • Apa perbezaan pelaburan emas dengan FOREX.
  • Apakah pros and cons melabur dalam stok
  • Berapa average anda boleh dapat dengan melabur di dalam stok?
  • Apakah itu unit trust?
  • Akaun pelaburan emas yang membolehkan anda berkongsi dengan rakan-rakan anda supaya anda boleh memulakan pelaburan emas dengan kos yang lebih rendah.
  • Berapa minimum gram emas yang anda perlu laburkan jika anda ingin melabur di Kuwait Finance House?
  • Untuk melabur di dalam Public Bank Gold Investment Account, anda perlu buka akaun ______ dengan deposit sebanyak RM20.
  • Apa UOB Bank boleh tawarkan kepada anda jika anda berminat untuk melabur ke dalam emas
  • Amaran: untuk mereka yang ingin melaburkan RM100 ribu ringgit ke atas sahaja. Sila baca mukas urat 93 untuk maklumat lanjut.
  • Emas yang paling mudah dicagarkan, walaupun emas itu bengkok dan tercalar.
  • Di mana nak beli emas dengan spread yang rendah (paling rendah di pasaran)
  • Bagaimana untuk mengunci harga emas supaya anda boleh beli harga yang sama dengan harga yang anda mahukan.

Saturday, December 10, 2011

Panduan Melabur Silver Fizikal di Malaysia + Teknik Tukar Ganda

"Satu pendedahan pelaburan "logam" yang buat pertama kalinya didedahkan di Malaysia...

Tercari-cari ilmu melabur dalam silver, tapi tak pernah jumpa di Malaysia ini?

Usah kecewa lagi! Kini anda bakal didedahkan segala rahsia berkenaan ilmu pelaburan silver ini...

Monday, December 5, 2011

Cara Penghasilan Mutiara Emas Semulajadi di Palawan

Di Pulau Palawan, Filipina adalah tempat di mana mutiara emas semulajadi boleh ditemui. Cara penghasilan mutiara ini hanya diketahui oleh penduduk di sekitar sini.


Penduduk di sini menjadi habitat tiram yang menghasilkan mutiara emas dengan baik. Ini kerana satu tiram hanya mampu menghasilkan satu mutiara emas dalam masa lima tahun .


Untuk menjaga habitat tiram ini dengan baik, Jacques Branell telah membuka satu ladang untuk menjaga tiram ini daripada dibunuh atau dicemari. Jacques akan menaiki helikopter untuk memerhati setiap kawasan untuk memastikan tiada penceroboh di sekitar kawasan tersebut.


Selain itu, nelayan di Palawan masih menggunakan dinamit untuk membunuh dan menangkap ikan. Jadi Jacques yang begitu risau kaedah tersebut juga memyediakan motorbot untuk polis tempatan bagi memastikan nelayan di sekitar tidak melakukan sesuatu yang mampu membunuh tiram ini.


Selepas dua tahun setiap tiram ini, penyelam akan menyuntik nukleus ke dalam tiram untuk membentuk mutiara emas. Selepas itu, secara berperingkat untuk tiga tahun, mereka akan memastikan mutiara ini berada dalam keadaan yang betul dengan membawa alat radiograf x-ray ke dalam laut untuk memeriksa setiap tiram.


Kini, Jacques mempunyai ratusan orang penyelam serta saintis untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.










SUMBER - http://akustressgiler.blogspot.com/2011/12/cool-cara-penghasilan-mutiara-emas.html

Sunday, December 4, 2011

Menu Emas

Mineral berharga dijadikan hiasan makanan kesihatan cara orang kaya tonjol kemewahan

LAZIMNYA, kita mende­­ngar emas mineral pa­­ling berharga di muka bumi ini hanya digunakan dalam pembuatan barang kemas dan dijadikan pengu­­kur untuk penentuan mata wang.


Namun, penggunaan emas yang harganya kini mencecah RM215 satu gram sebenarnya lebih daripada itu. Malah bagi orang kaya, emas bukan saja digunakan sebagai barang perhiasan diri dan kediaman tetapi juga dijadikan bahan makanan. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya jika seseorang itu mempunyai kekayaan dan suka bermegah dengan kekayaan yang dimiliki.


Sebenarnya, gaya hidup memakan emas ini sudah diamalkan beratus tahun dulu, malah masyarakat Mesir kuno di zaman kegemilangan Firaun menjadikan emas sebagai bahan makanan bagi menunjukkan kemewahan selain percaya tabiat memakan serbuk emas mampu mengekalkan kecantikan yang abadi.


Golongan bangsawan zaman Pertengahan di Eropah pula percaya pengambilan coklat dan gula-gula emas sebagai pembuka selera mampu 'mengekalkan hati yang sihat'.


Mengikut fakta sains, emas boleh dimakan namun tidak menawarkan apa-apa khasiat pemakanan, malah mineral ini tidak mempunyai sebarang rasa atau dalam lain perkataan tawar.

Soalnya, bolehkah emas dimakan? Emas yang dimakan biasanya lebih lembut dan bukannya emas pe­­pejal yang digunakan dalam barang kemas bagi membuat cincin, anting-anting atau rantai leher, tetapi daun emas, kepingan emas, atau habuk emas yang ditambah untuk menjadi penghias makanan.

Daun emas tulen 24 karat adalah sangat lembut dan halus. Untuk dijadikan perhiasan biasanya dicampur de­­ngan aloi lain untuk mewujudkan tahap kekerasan yang berbeza selain melaraskan nada warna. Di pasaran, barang perhiasan boleh didapati dalam 14 karat, 18 karat atau 22 karat kerana ia dicampur dengan tembaga dan bahan mineral lain.

Emas 24 karat terlalu lembut untuk perhiasan bagi pemakaian seharian malah ia cepat lusuh. Daun emas mengambil prinsip yang sama yang mana kebanyakannya bercampur dengan tembaga dan tidak sesuai untuk dimakan. Namun, emas yang bercampur dengan perak masih boleh dimakan kerana dikatakan boleh dihadam.

Secara umum, emas dikategorikan sebagai unsur logam yang toksik untuk badan, emas tidak boleh pecah atau diserap badan kita.

Justeru, penggunaan emas yang boleh dimakan atau emas edibel ini sebenarnya hanya digunakan untuk menghias makanan dan minuman bagi menampakkan lebih mewah dan berharga. Mengikut kod pemakanan, emas dilabelkan dengan kod E175 sebagai pewarna makanan.

Di Abu Dhabi, Hotel Emirates Palace memperuntukkan lima kilogram emas yang boleh dimakan setiap tahun untuk dijadikan hiasan hidangan pencuci mulut.

Hotel itu mendapatkan bekalan kira-kira 5,000 botol serbuk emas daripada pengedar dan pengilang dari Jerman yang dianggarkan membabitkan kos RM15.8 juta (ASS$500,000) setahun.

Selain itu, serbuk emas menjadi bahan tambahan dihidangkan dalam minuman kopi 'cappuccino' dan penghias pencuci mulut coklat.

Di Russia, penggemar makanan dengan campuran emas biasanya akan mengambil serbuk emas untuk dimakan bersama kaviar dan tiram.

Beberapa restoran mewah di Amerika Syarikat turut menyediakan sajian emas bagi penggemar aksesori mewah itu dengan menjanjikan 'gemerlapan di dalam' seperti 'bagel' seumpama donat dengan krim keju putih dihiasi beri goji dan daun emas berharga RM3,176 (AS$1,000) setiap satu.

Pembuat gula-gula Los Angeles pula menjual Holiday Nougat, yang dibuat dengan kepingan daun emas 23 karat dan pemilik kedai aiskrim Serendipity yang terkenal di New York, Stephen Bruce, menjual 'chocolate sundae Haute' beku bersalut emas 23 karat berharga RM79,404 (AS$25,000).

Selain menjadi bahan makanan, emas juga digunakan dalam bidang perubatan bagi merawat beberapa jenis kanser, malah ia dikatakan mampu menjadi sebagai penyurih dalam tubuh manusia.

Satu sebatian mengandu­­ngi emas yang dikenali sebagai 'disodium aurothiomalate', digunakan dalam suntikan untuk rawatan penyakit artritis. Satu molekul organik yang kompleks dikenali auranofin, pula digunakan dalam rawatan beberapa kes artritis reumatoid.

Masyarakat zaman perte­­nga­­han di Eropah pada kurun ke-15 juga dicatatkan pernah menggunakan serbuk emas untuk memulihkan orang mabuk.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai wang yang banyak dan memang suka bermegah maka tidak salah rasanya mencuba resipi 24 karat ini. Namun, tidak semua orang kaya 'gila' dan menjadikan hidangan emas untuk dijadikan sebagai makanan. Tepuk dada tanya selera. Adakah anda juga berselera emas?

Ayam Panggang Emas
Restoran Steakhouse Blackstone Long Island di Amerika Syarikat menyajikan ayam panggang disalur daun emas 24 karat dihidangkan bersama kentang lenyek dan lobak. Harga tidak dinyatakan.

Sushi bersalut Daun Emas
Sushi Roku di Caesars Palace Las Vegas digulung bersama daun emas 24 karat berintikan daging lembu Kobe, udang karang dan cendawan hitam.

White truffle Bagel
Restoran di Westin New York menyajikan sandwic dan bagel berinti krim keju putih ditabur serbuk emas serta beri goji dan Riesling berharga RM3,176 (AS$1,000) setiap satu

Aiskrim Sundae
Restoran New York Serendipity menjual aiskrim coklat Sundae Emas, diliputi 23 karat daun emas daun disertakan sudu khas emas 18 karat juga berharga RM3,176 (AS$1,000).

Kek Coklat Emas dan Berlian
Usahawan Angelito Araneta Jr menjual kek coklat yang mengandungi daun emas 24 karat dan berlian kecil berharga kira-kira RM7940.42 (AS$2,500) seke­­ping. Kek itu dibuat khusus untuk lelaki yang berhasrat melamar teman wanita mereka.

Kek Perkahwinan Emas
Kek perkahwinan bersalut daun emas banyak dijual di beberapa kedai kek di Britain namun harganya murah iaitu pada kadar RM24.50 bagi sekeping daun emas.

Capuccino Emas
Hotel Emirates Palace menjual cappuccino dengan campuran serbuk emas 24 karat dengan kulit kayu manis berharga RM79.40 9 (AS$25) secawan.

Kaviar
Kaviar atau telur ikan yang menjadi sajian mewah Russia ini ditabur serbuk emas dan dibalut dengan daun emas 24 karat berharga RM155,000 (AS$49,000)


SUMBER - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menuemas/Article/index
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...