Thursday, May 31, 2012

Istimewa Hari Bapa

Dengan setiap pembelian RM 20,000 dan ke atas dalam satu transaksi, pelanggan akan menerima 10 Dirham Public Gold secara PERCUMA. Terhad kepada 200 unit sahaja.


Tempoh Promosi: 1 Jun 2012 – 30 Jun 2012

Jenis Promosi : Dirham Public Gold diberi secara PERCUMA sempena sambutan Hari Bapa

Terma & Syarat:

1. Promosi ini hanya sah dari 1 Jun - 30 Jun 2012 sahaja.
2. Promosi ini TIDAK termasuk pembelian melalui Ansuran Bulanan (Easy Payment Purchase-EPP).
3. Promosi ini hanya sah dengan pembelian barangan Public Gold RM20,000 dan ke atas dalam satu transaksi.
4. Hanya pesanan atau pembelian yang dibayar penuh akan diambil kira sah dalam promosi ini.
5. Segala pembatalan pembelian atau tidak membayar mengikut tempoh ditetapkan tidak layak promosi ini.
6. Promosi ini terhad kepada 200 unit 10 Dirham selagi stok masih ada.
7. Tarikh penebusan ganjaran 10 Dirham akan diberitahu selepas tamat promosi ini.
8. Syarikat berhak untuk mengguna, mencetak atau memapar nama, butir-butir dan gambar pemenang promosi ini untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dari masa ke semasa tanpa sebarang notis/pengumuman terlebih awal kepada individual berkenaan.
9. Pihak pengurusan Public Gold berhak mengubahsuai atau menambah terma dan syarat tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Sebarang makluman/pertanyaan sila hubungi 0137579452 (Khairul). Terima kasih!

Saturday, May 26, 2012

[UPDATE] Rekod Harga Emas dan Perak - 26 Mei 2012


Tarikh: 26/05/2012
Gold - USD 1573.70
Silver - USD 28.53

Kijang Emas
31.1 g
RM 5209.00
RM 5000.00
Maybank GIA
1 g
RM 161.74
RM 154.97
Gold Bar
10 g
RM 1740.00
RM 1601.00
1 Dinar
4.25 g
RM 707.00
RM 664.00
Silver Bar
100 g
RM 362.00
RM 308.00
10 Dirham
29.75 g
RM 120.00 
RM 101.00

Wednesday, May 23, 2012

Koleksi baru Tomei

Kilauan emas jarang mengecewakan dalam melengkapkan penampilan wanita. Logam kuning berharga ini bukan sekadar jadi hiasan bahkan menjadi pelaburan menguntungkan sejak zaman berzaman.

Barisan model menggayakan koleksi Ana-stasia.

Justeru bukan sesuatu yang luar biasa jika hiasan emas kekal mendominasi dalam pasaran aksesori wanita apatah lagi apabila ia sentiasa mendapat sentuhan baru dari segi konsep dan rekaan.

Terbaru jauhari emas terkenal, Tomei, melancarkan koleksi rekaan hiasan emas musim bunga/panas yang turut ditampilkan bertepatan dengan sambutan Hari Ibu.

Pengurus Kanan Pemasaran Tomei Consolidated Berhad, Christine Lim berkata, tahun ini pihaknya telah mencipta satu koleksi terbaru yang diberi nama Ana-stasia bagi menambah rekaan-rekaan yang sedia ada.

Katanya, kemunculan Ana-stasia adalah kesinambungan daripada kejayaan Tomei menghasilkan dua koleksi mewah terdahulu Exotic Allure dan Eternel Binding .

"Kesemua koleksi ini adalah hasil rekaan dan kreativiti tukang-tukang emas kami," katanya pada majlis pelancaran sulung koleki Ana-stasia, di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Christine, Ana-stasia koleksi emas 916 yang menampilkan pelbagai bentuk rekaan yang menarik dan versatil.

Ia meliputi set lengkap rantai leher dan gelang tangan, anting-anting, cincin dan sebagainya yang setiap satu terdapat logo Tomei sebagai tanda dagang eksklusif.

Beliau menambah, antara ciri menarik koleksi ini ialah konsep suai padan seperti padanan rantai panjang dengan pakaian ke pejabat atau juga dengan dres labuh dan kebaya.

"Rekaan yang menonjol dan glamor ini boleh digayakan secara konvensional dengan padanan pakaian tradisional mahupun dengan gaya moden dan trendy.

"Apa yang pasti koleksi Ana-stasia disasarkan kepada semua golongan wanita daripada usia 16 tahun ke atas.

"Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan pada harga bermula serendah RM600 bergantung kepada harga emas pasaran dan juga rekaannya," katanya.

Pada majlis pelancaran yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Tomei, Ng Yih Pyng, sebanyak enam koleksi Ana-stasia dipamerkan buat pertama kali kepada orang ramai.

Digayakan oleh barisan model-model jelita, pelancaran bersejarah itu turut diserikan dengan penampilan istimewa Ratu Cantik Chinese Cosmos 2004, Natalie Chiaw dan Ratu Cantik Chinese Cosmos Asia Tenggara 2011, Carrie Lee.

Turut ditampilkan koleksi barangan emas putih, berlian, emas juga termasuk jenama antarabangsa iaitu Batar Gold dan Prima Gold.

SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_04.htm

Monday, May 21, 2012

Jangkaan Kenaikan Harga Emas dan Perak Bermula Minggu Ini!

Graf di bawah menjelaskan mengenai potensi keuntungan yang bakal diraih sekiranya anda membuat pelaburan Emas dan Perak.



Pada graf ini juga menandakan paras harga mana yang anda boleh mula membeli, paras harga untuk anda jual dan anda sendiri boleh mengira keuntungannya. Sekarang ini, tinggal lagi anda yang perlu membuat keputusan sama ada ingin terus bermula sekarang atau masih ingin bertangguh lagi...


SUMBER - http://www.pelaburjutawan.com/2012/05/jangkaan-kenaikan-harga-emas-dan-perak.html

Sunday, May 20, 2012

Lombong Emas Terbesar Di Dunia

Lombong Grasberg adalah lombong emas terbesar di dunia dan lombong tembaga ke-3 terbesar di dunia. Lombong ini terletak di provinsi Papua, Indonesia.

Lombong ini diusahakan PT Freeport Indonesia. Syarikat ini merupakan anak syarikat dari Amerika Syarikat, Freeport-McMoRan (90.6 %) dan 9.4 % lagi dipunyai oleh kerajaan Indonesia. Kos membina lombong di atas puncak gunung ini menelan kos 3 bilion dolar Amerika. Pada 2004, rizab emas ialah 46 juta.





SUMBER - http://ms.wikipedia.org/wiki/Lombong_Grasberg

Saturday, May 19, 2012

[UPDATE] Rekod Harga Emas dan Perak - 19 Mei 2012


Tarikh: 19/05/2012
Gold - USD 1592.10
Silver - USD 28.72

Kijang Emas
31.1 g
RM 5231.00
RM 5022.00
Maybank GIA
1 g
RM 163.01
RM 156.19
Gold Bar
10 g
RM 1732.00
RM 1594.00
1 Dinar
4.25 g
RM 704.00
RM 661.00
Silver Bar
100 g
RM 359.00
RM 305.00
10 Dirham
29.75 g
RM 119.00 
RM 100.00

Wednesday, May 16, 2012

Hot Dog Termahal Bersalut Emas

Hot dog yang diberi nama 'TheONEdog' berharga USD1501 (RM4669), dibuat oleh peniaga 'Hot Dog Mike' Little Rock, Juiliano, adalah hidangan hot dog yang paling mahal di dunia. Bahan-bahannya terdiri daripada daging lembu, lobster, kunyit aioli (safron), dan serbuk emas pada bun roti kentangnya.


Empat 'TheOnedogs' yang berjaya dijual pada 11 Mei, mendapat Rekod Akademi Dunia. (Hasil jualannya pada hari itu diberikan kepada pertubuhan amal.)

Juiliano yang berusia 41 tahun meninggalkan industri hospitaliti untuk berniaga hot dog sejak dua tahun lalu menyediakan hot dog dengan serbuk emas sekadar untuk suka suka sahaja, tetapi menurut beliau, bahan yang paling mahal dalam hidangan ini sebenarnya adalah kunyit (safron).

“Harga kunyit (safron) ialah kira-kira USD561 (RM1745) seaun manakala 1 gram serbuk emas berharga USD135 (RM420),” kata beliau.

“Serbuk emas hanya terlekat pada gigi, atau mana-mana bahagian dalam mulut anda,” kata Juiliano. "Saya dapat tahu ia sangat menarik bagi orang ramai. Tetapi sebenarnya emas itu tak diperlukan pun. Ia tidak mempunyai rasa apa-apa.”

Juiliano menjual empat 'TheONEdogs' dan mengambil keuntungan USD1 (RM3.11) sahaja daripada setiap jualannya itu. Selebihnya yang berjumlah USD6000 (RM18,660) didermakan kepada badan kebajikan bagi membantu penduduk yang tidak mempunyai tempat tinggal.


SUMBER - http://www.businessweek.com/articles/2012-05-16/saffron-costlier-and-tastier-than-gold-in-most-expensive-hot-dog

Tuesday, May 15, 2012

Keunggulan Emas dan Perak di dalam Al-Quran

Jom sama-sama mengamati keunggulan emas dan perak. Ternyata emas dan perak adalah antara anugerah Allah yang terdapat di syurga namun turut dinikmati di dunia ini. Emas dan perak adalah tanda kegembiraan namun pengabaian ke atas hak emas dan perak yang dituntut oleh Allah turut membantu menjerumuskan diri kita kepada azab Allah S.W.T



Ali ‘Imran, ayat 14

Dan dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu; wanita-wanita, anak harta yang banyak dari EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)

Ali ‘Imran(3), ayat 91
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong.

Al-A’raaf(7), ayat 148
Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim.

At-Taubah(9), ayat 34
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih

At-Taubah(9), ayat 35
pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan.

Al-Israa’(17), ayat 93
Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul

Al-Hajj(22), ayat 23
Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)

Al-Hajj(22), ayat 23
Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)

Az-Zukhruf(43), ayat 53
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. (QS. 43:53)

Az-Zukhruf(43), ayat 71
Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. (QS. 43:71)

Al-Waaqi’ah(56), ayat 15
Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan EMAS dan permata.


SUMBER - http://www.warisanemas.com/2012/05/unggulnya-emas-dan-perak-di-dalam.html

Berapakah Jumlah Emas di Seluruh Dunia?

Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik.


Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong. Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.

SUMBER - http://www.hmetro.com.my/articles/Impianduniabaru/Article/artikelMA

Monday, May 14, 2012

Harga Emas Jatuh Mendadak! Bila Akan Naik?

Jika anda perhatikan, harga emas sekarang ini sedang membentuk Chart Pattern yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008, ketika berlakunya krisis Sub Prima di Amerika, dan untuk tahun ini Pattern yang sama terbentuk disebabkan oleh krisis Zon Euro.


Pattern yang dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu "Continuation Pattern", dan kebiasaannya harga akan gagal kira-kira 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira-kira 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.

Sekiranya percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 terus gagal, maka biasanya harga akan naik semula dan melepasi garisan merah condong di atasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.

Dan biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.

Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk. Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 - 2010.


SUMBER - www.pelaburjutawan.com/2012/05/bila-harga-emas-nak-naik.html

Saturday, May 12, 2012

[UPDATE] Rekod Harga Emas dan Perak - 12 Mei 2012


Tarikh: 12/05/2012
Gold - USD 1580.40
Silver - USD 28.89

Kijang Emas
31.1 g
RM 5194.00
RM 4989.00
Maybank GIA
1 g
RM 159.60
RM 153.02
Gold Bar
10 g
RM 1720.00
RM 1582.00
1 Dinar
4.25 g
RM 698.00
RM 657.00
Silver Bar
100 g
RM 361.00
RM 307.00
10 Dirham
29.75 g
RM 120.00 
RM 101.00

Friday, May 11, 2012

Kenapa Sekarang Harga Emas Jatuh?

Emas jatuh kepada peratusan yang rendah dalam tempoh empat bulan adalah satu perkara tidak dapat dikawal. Pergolakan politik di Greece meningkatkan dolar sebagai aset yang selamat dan dibendung manakala permintaan untuk logam berharga sebagai aset alternatif. Perak jatuh ke tahap paling rendah sejak Januari.


Euro dalam keadaan yang lemah dalam sesi kelapan berbanding dolar kerana ahli politik Greece bergelut untuk membentuk kerajaan baru, meningkatkan kebimbangan bahawa negara boleh meninggalkan blok mata wang. Harga emas menjunam ke paras terendah tahun ini semalam sebagai ekuiti global merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan.

Emas di waktu pagi “‘menetapkan,” apa yang digunakan oleh beberapa syarikat perlombongan untuk menjual keluaran, jatuh kepada $ 1,585.50 auns di London daripada $ 1,602.50 petang semalam.


Frank Lesh, seorang peniaga di Trading FuturePath di Chicago, berkata dalam temubual telefon. ”Pasaran mata wang cenderung untuk memerintah dalam komoditi, dan sekarang dolar adalah raja.”

Emas bagi penghantaran Jun susut 0.6 peratus dan dijumlahkan sebanyak $ 1,594.20 satu auns pada 01:50 pada Comex. Di New York.Terdahulu, logam mencecah $ 1,578.50, terendah sejak januari 3. Pemulihan ini dibandingkan dengan keuntungan tahun ini kepada 1.7 peratus, selepas logam yang didahulukan bagi 11 tahun berturut-turut.


Niaga pada masa depan diramalkan mencecah paras tertinggi dalam masa $ 1,923.70 pada bulan September. Pegangan dalam pertukaran produk bar emas yang diniagakan adalah pada 2,382.4 tan metrik, kira-kira 1.2 peratus di bawah rekod 13 Mac, data ini dikumpul oleh Bloomberg show.

Dolar telah mendapat 1.6 peratus pada bulan ini berbanding dengan sekumpulan enam mata wang yang lain. Manakala kontrak emas yang paling aktif telah menurun 4.2 peratus.

“Kekukuhan Dollar mampu mengurangkan mana-mana kualiti keselamatan emas pada masa ini,” kata Lesh.

Niaga masa depan bagi perak, iaitu bagi penghantaran Julai merosot sebanyak 0.7 peratus kepada $ 29,241 auns pada Comex, selepas jatuh ke $ 28,615, terendah sejak Januari 9.


SUMBER - http://www.hargaemas.com.my/terkini/sebab-apa-emas-jatuh/

Saturday, May 5, 2012

[UPDATE] Rekod Harga Emas dan Perak - 05 Mei 2012


Tarikh: 05/05/2012
Gold - USD 1642.10
Silver - USD 30.34

Kijang Emas
31.1 g
RM 5276.00
RM 5070.00
Maybank GIA
1 g
RM 163.01
RM 156.28
Gold Bar
10 g
RM 1792.00
RM 1649.00
1 Dinar
4.25 g
RM 728.00
RM 684.00
Silver Bar
100 g
RM 380.00
RM 323.00
10 Dirham
29.75 g
RM 126.00 
RM 106.00

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...