Tuesday, November 29, 2011

Perhiasan Perak Jadi Pilihan

PULAU PINANG - Jika sebelum ini barang kemas yang diperbuat daripada emas menjadi pilihan, kini perhiasan diri perak semakin digemari.

Paramasivam menggunakan peralatan tradisional untuk kerja pertukangan emas dan perak di kedai Lebuh Queen di Pulau Pinang.

Perak bukan sahaja menjadi kegilaan golongan wanita malah, golongan lelaki yang mementingkan gaya dan penampilan turut memilihnya.

Bagi masyarakat India, perhiasan perak kini menjadi trend di kalangan mereka tidak kira wanita mahu pun lelaki, muda atau tua.

Seorang tukang emas dan perak, N. Paramasivam, 50, berkata, trend tersebut tercetus berikutan kenaikan harga emas yang begitu tinggi lalu menyaksikan pelanggan beralih kepada koleksi barangan kemas perak.

"Memandangkan harga emas kini naik sebanyak RM180 bagi setiap gram, ramai pelanggan memilih cincin dan subang hidung perak yang boleh ditempah pada harga serendah RM150 segram.

"Pelanggan terutama wanita tanpa mengira peringkat usia mula menggemari perak yang boleh dibentuk menjadi hiasan diri yang cantik," katanya yang memiliki kedai emas di Lebuh Pasar di sini.

Menurut beliau, hampir 60 peratus pelanggannya menempah koleksi hiasan diri daripada logam itu seperti rantai bertakhta batu nasib yang sesuai digayakan dengan sari mahupun pakaian kasual.

"Bagi mereka (pelanggan), pemakaian barang kemas perak dengan hiasan batu berwarna-warni mampu menaikkan seri wajah si pemakai," jelasnya.

Beliau menambah, setiap koleksi yang dihasilkannya direka khas buat seorang pelanggan sahaja.

Ia membolehkan setiap pelanggannya merasakan barang kemas yang dipakai mereka begitu eksklusif.

Pelanggan akan berasa puas kerana setiap rekaan mampu memenuhi kepuasan dan kehendak mereka.

Hasil seperti itu mungkin tidak boleh diperoleh di kedai lain.

Kesemua barangan kemas yang dihasilkan menggunakan tukul besi, pahat dan berus tembaga.

Setiap perhiasan yang ditempah mengambil masa di antara dua hingga tiga hari untuk disiapkan bergantung kepada kreativiti rekaan.

Disebabkan kaedah pertukangan secara tradisional yang diamalkannya, kedai beliau sering menjadi tumpuan ramai.

Kepakaran yang ada pada Paramasivam diwarisi daripada nenek moyangnya.

Baginya, warisan membuat emas dan perak secara tradisional wajar dipertahankan supaya tidak pupus berikutan teknologi canggih masa kini membolehkan perhiasan diri dibuat menggunakan mesin.

SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm

Friday, November 11, 2011

Peluang Perniagaan Terbaik!


Kenapa berniaga emas adalah salah satu antara perniagaan yang terbaik?

1. Tetap untung walaupun tiada jualan. Emas sentiasa naik harga dalam jangka masa panjang.

2. Stok yang tidak akan binasa dan mudah disimpan. Tidak ada tarikh luput atau basi.

3. Stok yang sangat mudah ditunaikan. Seluruh dunia terima emas, jadi senang untuk dapatkan wang tunai (cash money).

4. Sentiasa ada permintaan tidak kira harga naik atau rendah. Ramai yang membeli dan menyimpan emas setiap bulan secara konsisten untuk masa depan yang lebih cerah.

5. Dapat untung ketika menjual dan juga membeli emas. Jual emas untung, beli emas pun untung.

6. Tidak perlu bercerita panjang lebar. Semua orang tahu tentang emas.

7. Dengan strategi yang betul, perniagaan emas memberikan pulangan yang sangat lumayan. Berniaga emas mempunyai banyak teknik hebat jika kita rajin belajar dengan orang yang berpengalaman.

8. Perniagaan yang 'high class' kerana martabat emas tinggi di sisi manusia.

9. Risiko rendah. Tidak perlu habiskan duit untuk membuka kedai dan membayar sewa yang mahal setiap bulan. (Public Gold)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...