Friday, January 6, 2012

Nilai Emas Sentiasa Terpelihara Selama-lamanya

Emas sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Tidak ada seorang saintis pun mampu mencipta emas. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.



Berbeza sekali dengan wang fiat. Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak. Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot. RM1,000,000 hari ini tidak mungkin akan bernilai RM1,000,000 lagi pada 3-5 tahun akan datang.



Sebagai contoh, pada tahun 1980-an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sahaja sebagai duit poket untuk belanja ke sekolah. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang? RM5 sehari pun rasanya tidak cukup. Alahai bagaimana pula 10 tahun akan datang...

Cuba lihat kuasa beli USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 – 2006.



Sekarang lihat pula graf kenaikan Harga Emas dan Graf Penurunan Kuasa Beli Wang Kertas



Mungkin sesetengah daripada kita merasa bangga mempunyai tabungan dalam USD, bahkan turut memegang wang kertas fizikal USD, sejarah membuktikan bahawa daya beli USD terhadap emas terus menurun dan trendnya kelihatan seolah-olah akan terus menurun.



Jika anda memiliki USD100 pada hari ini, 17 tahun akan datang nilainya hanya menjadi USD6. Untuk lebih jelas, contohnya jika sekarang anda beli set McD berharga USD6, 17 tahun akan datang, untuk set yang sama, anda perlu bayar USD100!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...