Thursday, June 14, 2012

3 Strategi Pemasaran Online Yang Gagal

Belajar tentang strategi pemasaran yang gagal juga sebenarnya dapat memberikan kita idea, supaya tidak tersilap langkah dalam melakukan kempen pemasaran. Gagal bermakna, strategi ini boleh menjadi liabiliti pada bisnes kita.

Tiga strategi pemasaran online yang gagal adalah:

#1 – Mencipta UR-Hell


Domain adalah jenama perniagaan kita di dunia online. Kesilapan yang berlaku di sini adalah membeli nama domain yang orang ramai tidak boleh faham atau sukar diingati.

Ia tidak lagi dipanggil URL (Uniform Resource Locator). Lebih sesuai digelarkan UR-Hell. Kerana nama domain yang unik akan mencemarkan perniagaan kita di dunia online.




#2 – Ghaib Dari Social Media

Social media seperti Facebook, Twitter mahupun Linked ini adalah pusat pemasaran yang terbaik untuk membina kredibiliti dan kepercayaan di dunia online.

Bisnes yang gagal adalah bisnes yang ghaibkan diri daripada Facebook. Mewujudkan profil bisnes dalam ruangan social media dikira sebagai satu kewajipan, berdasarkan tingkah laku pengguna Internet masa kini.




#3 – Bunuh Konsistensi Komunikasi

Bagi bisnes yang sudah wujud di ruangan social media, kegagalan pemasaran mereka berlaku pada jangka masa berkomunikasi dengan pelanggan. Kempen pemasaran yang berjaya di dunia online, adalah kempen yang mengekalkan konsistensi.



Semakin konsisten kita berkomunikasi dengan pelanggan, semakin tinggi peluang untuk mereka menghebahkan bisnes kita kepada orang ramai. Bagi bisnes yang ingin gagal dalam pemasaran online, kurangkan komunikasi dengan pelanggan.

Khususnya komunikasi dalam ruangan social media seperti Facebook, yang dianggarkan mempunyai 450 juta pengguna aktif setiap hari.


SUMBER - http://www.majalahniaga.com/pemasaran-online-3-strategi-jamin-bisnes-berhutang.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...