Wednesday, January 16, 2008

Harga Emas Global Mampu Cecah AS$1,000 Satu Aun

PETALING JAYA 15 Jan. – Harga emas global dijangka terus meningkat mencecah AS$1,000 satu aun, sekiranya dolar Amerika Syarikat (AS) terus merosot dan keadaan di Asia Barat terus bergolak.

Kebanyakan penganalisis tempatan bagaimanapun berpendapat, harga emas ‘lebih selesa’ sekiranya berada pada paras AS$800 dan AS$850 seaun.

Menurut Pengarah Eksekutif Holdings Bhd., (Poh Kong), Ermin D.M. Siow, kenaikan harga emas itu juga dijangka menggalakkan pembelian kepingan emas nipis dan jongkong emas yang dijual seberat 10 gram dan 15 gram pada harga kira-kira RM10,500.

Berikutan perkembangan itu, tambahnya, pembelian barang kemas di kalangan wanita tempatan juga dijangka turut meningkat.

‘‘Industri emas tempatan memang pelik kerana orang ramai kurang membeli emas semasa harganya rendah tetapi apabila harganya meningkat, ramai orang yang berminat membeli,’’ katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa Poh Kong, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenaikan harga emas, yang mencatat rekod tertinggi sejak 27 tahun lalu apabila meningkat kepada AS$910 semalam.

Kali terakhir emas mencatat paras tertinggi ialah pada tahun 1980 pada harga AS$850.

Ketika mengulas perkembangan itu, Ermin berkata, corak kenaikan harga emas dunia tidak banyak membantu keuntungan syarikat.

Katanya, ini kerana, harga bahan mentah emas juga meningkat, selain itu industri emas mengamalkan belian semula emas.

‘‘Walaupun harga emas naik, namun margin keuntungan tidak sama sekiranya kita mengambil kira 15 peratus keuntungan daripada harga emas AS$1,000 berbanding 15 peratus dengan AS$500.

SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...