Tuesday, February 28, 2012

Rekod Harga Emas Dunia Selama 10 Tahun (2002-2012)



2/1/2002 - USD 278.35
2/1/2003 - USD 343.80
1/1/2004 - USD 416.25
4/1/2005 - USD 427.75
3/1/2006 - USD 530.00
2/1/2007 - USD 639.75
2/1/2008 - USD 846.75
2/1/2009 - USD 874.50
4/1/2010 - USD 1121.50
4/1/2011 - USD 1388.50
3/1/2012 - USD 1598.00

Peratus kenaikan selama 10 tahun - 474%

Purata kenaikan tahunan - 47% setahun


SUMBER - http://www.kitco.com/

Monday, February 27, 2012

Rekod Harga Silver Dunia Selama 10 Tahun (2002-2012)



2/1/2002 - USD 4.590
2/1/2003 - USD 4.665
1/1/2004 - USD 5.965
4/1/2005 - USD 6.390
3/1/2006 - USD 9.040
2/1/2007 - USD 13.010
2/1/2008 - USD 14.930
2/1/2009 - USD 11.080
4/1/2010 - USD 17.170
4/1/2011 - USD 30.670
3/1/2012 - USD 28.780

Peratus kenaikan selama 10 tahun - 527%

Purata kenaikan tahunan - 53% setahun


SUMBER - http://www.kitco.com/

Friday, February 24, 2012

Jongkong Emas Bank Of England Bernilai RM750,000,000,000

Inilah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion!


Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jongkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan (4,600,000 kg).


Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England's City of London berada.


Bayangkan saja, untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang. Itu belum lagi termasuk pelbagai tahap sekuriti canggih yang ada di situ.


Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.



SUMBER - http://akustressgiler.blogspot.com/2012/02/omg-jongkong-emas-bank-of-england.html

Saturday, February 18, 2012

Terapi Masker Emas 24K

Sekarang dah semakin banyak produk kecantikan menggunakan emas 24k sebagai ramuannya. Di Hanoi, Vietnam, bersempena dengan Hari Valentine yang lepas, para gadis sanggup membelanjakan 1.8 juta Vietnam dong (RM263) pada rawatan topeng muka emas 24K, bertujuan untuk membantu memutihkan kulit.






SUMBER - http://abyrad.blogspot.com/2012/02/terapi-masker-emas-24k.html

Wednesday, February 15, 2012

Peluang saksi al-Quran bersalut emas di Muzium Terengganu

KUALA TERENGGANU 14 Feb. - Orang ramai akan berpeluang mendekati dan melihat sendiri keunikan al-Quran bersalut emas menerusi Pameran Khazanah Islam dari China yang bermula esok.

Penolong Pegawai Keselamatan Muzium, Mohd. Zuki Omar (kiri) meneliti al-Quran bersalut emas yang dianggarkan bernilai RM170 juta yang akan dipamerkan sempena Pameran Khazanah Islam China di Muzium Negeri Terengganu bermula hari ini.

Pameran selama enam bulan anjuran bersama syarikat Topchain Capital Sdn. Bhd. dan Muzium negeri itu akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Pengurus Besar Topchain Capital, Wan Farahaida Wan Idrus berkata, pameran yang membabitkan al-Quran bersalut emas itu kali kedua diadakan selepas diperkenalkan di Melaka tahun lalu.

"Kedua-duanya naskhah (al-Quran) yang dipamerkan di Melaka dan di sini hampir sama dan bezanya cuma dari segi saiz kerana apa yang dipamerkan di sini besar sedikit.

"Bagaimanapun, ia tetap disaluti hampir 40 peratus emas dan dianggarkan nilai pasarannya ketika ini mencecah RM170 juta," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Wan Farahaida, disebabkan nilai yang terlalu tinggi, pihaknya terpaksa meningkatkan tahap keselamatan termasuk pada waktu malam dan menyimpan al-Quran itu di suatu tempat khas.

"Beberapa pegawai bersenjata akan berkawal sepanjang pameran itu diadakan dan mereka juga akan melakukan rondaan pada setiap masa bagi memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Pada masa yang sama, kita juga telah mendapatkan kerjasama polis negeri untuk tujuan tersebut," katanya.

Wan Farahaida berkata, al-Quran yang dianggarkan berusia lebih 500 tahun itu berasal dari kerajaan Uthmaniyyah dan dibawa ke Timur Turkistan (Xianjiang-China) ketika Dinasti Ming.

"Ia menggunakan skrip Naskhi dan dua set telah dibawa untuk dipertontonkan di sini," ujarnya.

Menurutnya, selain al-Quran bersalut emas, pameran itu turut memberi peluang pengunjung melihat bekas gangsa yang digunakan untuk memasak sewaktu Dinasti Shang.

Katanya, keunikan bekas gangsa itu ialah bahagian dalamnya diperbuat daripada emas walaupun luar daripada gangsa.

"Turut dijangka menjadi tarikan ialah pinggan bersalut emas, tembikar yang dihiasi ukiran emas serta kuda seramik," katanya.

Pameran itu bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari dan akan berakhir pada 14 Ogos ini.

SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

Saturday, February 4, 2012

Harga Emas Dunia Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.

Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.

Seorang penjual di sebuah kedai emas di Tokyo menunjukkan kepingan emas yang menyaksikan harganya semakin meningkat di pasaran dunia. - AFP

Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.

Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.

Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.

Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.

Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Pejabat Urusan Public Gold di Seluruh Malaysia


Public Gold Main Office

Address:
Plot 21, Technoplex,
Medan Bayan Lepas,
Taman Perindustrian Bayan Lepas,
Phase IV,Bayan Lepas,
11900 Penang
Malaysia

Telephone: 604-643 9999
Fax: 604-645 0916
Mobile Phone Number: 6012-4618916 (Mr Harrison)

Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia kecuali Perlis (akan datang). Ini memberi peluang kepada penduduk negara Malaysia membuat pelaburan emas dengan mudah dan selamat.

Ianya juga membuktikan bahawa Public Gold adalah sebuah syarikat yang kukuh dan berkembang maju. Untuk maklumat lanjut sila klik pada cawangan yang berdekatan dengan anda.


>> Cawangan Public Gold di Penang
>> Cawangan Public Gold di Selangor
>> Cawangan Public Gold di Kelantan
>> Cawangan Public Gold di Perak
>> Cawangan Public Gold di Kedah
>> Cawangan Public Gold di Johor
>> Cawangan Public Gold di Pahang
>> Cawangan Public Gold di Terengganu
>> Cawangan Public Gold di Sarawak
>> Cawangan Public Gold di Melaka
>> Cawangan Public Gold di Negeri Sembilan
>> Cawangan Public Gold di Sabah


SUMBER - http://www.publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=121&Itemid=561

Friday, February 3, 2012

Peluang Perniagaaan Emas Public Gold


Public Gold Marketing Sdn Bhd menawarkan peluang perniagaan kepada orang ramai yang berminat untuk mengedarkan produk-produk emas keluaran Public Gold. Selain menambah pendapatan terdapat banyak kelebihan lain apabila menjadi peniaga emas Public Gold. Antaranya :

1. Anda perlukan modal yang tinggi sehingga jutaan ringgit sekiranya ingin membuka kedai emas tetapi dengan Public Gold hanya perlu membuat pembelian emas sebanyak RM 20,000 sahaja sudah melayakkan anda menjadi dealer Public Gold yang sah.



2. Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimpan emas sambil berniaga. Tetap untung walaupun tiada jualan kerana harga emas sentiasa naik. Beli untuk simpanan sendiri pun tetap akan diberi komisyen.



3. Public Gold sentiasa mengadakan seminar emas di seluruh Malaysia untuk memudahkan dealer-dealer baru mendapat pelanggan. Berita tentang Public Gold seringkali disiarkan dalam akhbar-akhbar harian seperti BERITA HARIAN dan METRO.



4. Kursus & latihan yang berterusan daripada pihak Public Gold kepada usahawan-usahawan emas yang baru menceburi bidang perniagaan ini serta diberikan sijil pengiktirafan & anugerah bagi yang mencapai target jualan.



5. Produk Public Gold sangat senang dijual. Harga emas yang ditawarkan oleh Public Gold lebih rendah berbanding harga di kedai emas.



6. Dealer dibekalkan dengan pamplet dan katalog emas oleh syarikat untuk memudahkan urusan jual beli dengan pelanggan.

Thursday, February 2, 2012

Labur Emas Mengikut Syariah

EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan. - Gambar hiasan

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-'Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh 'Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:

n Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

n Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa'd) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:

Wa'd boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa'd dari sebelah pihak dan bukannya muwa'adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa'd dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan 'kunci harga'. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :

- Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);

- Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.

- Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

- Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.

Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

Wednesday, February 1, 2012

Kelebihan Emas Keluaran Public Gold



#1. Kepelbagaian Produk dan Pengeluar Gold Bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer serta mencipta rekod dalam “The Malaysia Book of Record”.



#2. Mempunyai sijil ketulenan emas yang sah.



#3. Stok yang sentiasa ada kerana memiliki kilang sendiri di Malaysia.



#4. Harga yang rendah jika dibandingkan dengan harga di kedai emas.




#5. Harga emas Public Gold sentiasa dikemaskini setiap 20 minit di laman web. Ini memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli ketika harga rendah dan menjual ketika harga tinggi bagi mendapat keuntungan yang maksimum.



#6. Perbezaan harga belian dan jualan (spread) yang rendah antara 5%-6% bagi emas pelaburan (999.9) dan 25% bagi barang kemas tanpa dikenakan sebarang kos upah tukang. Spread emas Public Gold adalah yang paling rendah di Malaysia sekaligus memberi pulangan lumayan kepada pelanggan-pelanggannya.



#7. Terdapat sistem penempahan secara online selama 24 jam (Syarikat pertama di Malaysia).



#8. Jaminan pembelian balik dengan harga 'WE BUY' walaupun ada kesan calar, goris, bengkok atau kemek. Tidak seperti syarikat-syarikat emas yang lain di mana mereka akan membeli dengan harga yang rendah (spread tinggi) jika ada sebarang kecacatan pada emas yang hendak dijual semula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...