Wednesday, May 16, 2012

Hot Dog Termahal Bersalut Emas

Hot dog yang diberi nama 'TheONEdog' berharga USD1501 (RM4669), dibuat oleh peniaga 'Hot Dog Mike' Little Rock, Juiliano, adalah hidangan hot dog yang paling mahal di dunia. Bahan-bahannya terdiri daripada daging lembu, lobster, kunyit aioli (safron), dan serbuk emas pada bun roti kentangnya.


Empat 'TheOnedogs' yang berjaya dijual pada 11 Mei, mendapat Rekod Akademi Dunia. (Hasil jualannya pada hari itu diberikan kepada pertubuhan amal.)

Juiliano yang berusia 41 tahun meninggalkan industri hospitaliti untuk berniaga hot dog sejak dua tahun lalu menyediakan hot dog dengan serbuk emas sekadar untuk suka suka sahaja, tetapi menurut beliau, bahan yang paling mahal dalam hidangan ini sebenarnya adalah kunyit (safron).

“Harga kunyit (safron) ialah kira-kira USD561 (RM1745) seaun manakala 1 gram serbuk emas berharga USD135 (RM420),” kata beliau.

“Serbuk emas hanya terlekat pada gigi, atau mana-mana bahagian dalam mulut anda,” kata Juiliano. "Saya dapat tahu ia sangat menarik bagi orang ramai. Tetapi sebenarnya emas itu tak diperlukan pun. Ia tidak mempunyai rasa apa-apa.”

Juiliano menjual empat 'TheONEdogs' dan mengambil keuntungan USD1 (RM3.11) sahaja daripada setiap jualannya itu. Selebihnya yang berjumlah USD6000 (RM18,660) didermakan kepada badan kebajikan bagi membantu penduduk yang tidak mempunyai tempat tinggal.


SUMBER - http://www.businessweek.com/articles/2012-05-16/saffron-costlier-and-tastier-than-gold-in-most-expensive-hot-dog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...