Sunday, January 8, 2012

Saturday, January 7, 2012

Friday, January 6, 2012

Nilai Emas Sentiasa Terpelihara Selama-lamanya

Emas sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Tidak ada seorang saintis pun mampu mencipta emas. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.



Berbeza sekali dengan wang fiat. Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak. Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot. RM1,000,000 hari ini tidak mungkin akan bernilai RM1,000,000 lagi pada 3-5 tahun akan datang.



Sebagai contoh, pada tahun 1980-an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sahaja sebagai duit poket untuk belanja ke sekolah. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang? RM5 sehari pun rasanya tidak cukup. Alahai bagaimana pula 10 tahun akan datang...

Cuba lihat kuasa beli USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 – 2006.



Sekarang lihat pula graf kenaikan Harga Emas dan Graf Penurunan Kuasa Beli Wang Kertas



Mungkin sesetengah daripada kita merasa bangga mempunyai tabungan dalam USD, bahkan turut memegang wang kertas fizikal USD, sejarah membuktikan bahawa daya beli USD terhadap emas terus menurun dan trendnya kelihatan seolah-olah akan terus menurun.



Jika anda memiliki USD100 pada hari ini, 17 tahun akan datang nilainya hanya menjadi USD6. Untuk lebih jelas, contohnya jika sekarang anda beli set McD berharga USD6, 17 tahun akan datang, untuk set yang sama, anda perlu bayar USD100!!!

Thursday, January 5, 2012

Emas Diterima Di Seluruh Dunia

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi emas. Emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa. Emas bukan sahaja bernilai di Malaysia tetapi bernilai dan boleh dicairkan di seluruh dunia.

Katakanlah negara kita dilanda peperangan (harap dijauhkan), kita lari dengan membawa emas simpanan kita ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut.

Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan. Inilah yang berlaku ketika Perang Vietnam (1955-1975).

Beribu-ribu pelarian Vietnam lari meninggalkan kampung halaman mereka dengan membawa emas kerana mereka percaya emas sahaja yang akan diterima di seluruh dunia. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam?


Contoh Emas Pelarian Vietnam

Wednesday, January 4, 2012

Dinar Emas Sebagai Matawang Islam

Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata:

“Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut.

Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”



Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Percaya atau tidak jika pada Zaman Rasulullah 1 dinar boleh membeli seekor kambing pada masa sekarang dengan 1 dinar anda masih lagi boleh membeli seekor kambing? Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, January 3, 2012

Emas Sentiasa Mengekalkan Kuasa Belinya Dalam Jangka Masa Panjang

Kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi oleh Prof. Jastram yang dijelaskan di dalam buku pelaburan emas “The Golden Constant”– The English and American Experience 1560-2007" daripada Sekolah Pengurusan Perniagaan University of California.


The Golden Constant Karangan Prof. Roy W. Jastram


"Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke-20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″.

Ini menunjukkan kuasa beli emas amat stabil, kuasa beli yang tetap sama pada hari ini dan pada masa hadapan jika anda membuat pelaburan emas.

Monday, January 2, 2012

Emas Sebagai Simbol Kekayaan

Sejak dari 6000 tahun dahulu lagi hinggalah zaman sekarang emas menjadi simbol kekayaan. Emas sememangnya bernilai untuk selama-lamanya, penyimpan nilai yang baik dan tidak boleh dibinasakan. Emas tidak terbakar, tidak reput, tidak berkarat dan sukar diperolehi serta sentiasa bersinar dan cantik.

Keistimewaan inilah menyebabkan emas diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai dari dahulu hingga sekarang. Manusia sentiasa tertarik dengan emas dan mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan. Sejarah ketamadunan terkemuka dunia seperti Greek, Rom dan Parsi menggunakan emas dan perak sebagai matawang mereka.


Empayar Kerajaan Lydia


Sekitar 2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion. Ini membuktikan bahawa sejak ribuan tahun dahulu manusia sudah tertarik kepada emas, mengiktiraf dan menggunakannya sebagai simbol kekayaan dan matawang untuk urusan jual beli harian.


Syiling Emas The Lydia Lion
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...