KECANTIKAN merupakan perkara yang subjektif malah ia menjadi impian setiap insan yang bergelar wanita.
Bagi mereka yang dilahirkan jelita, ia merupakan satu bonus tetapi bagi yang kurang sempurna, pelbagai produk kecantikan dan solekan menjadi pilihan untuk tampil seperti yang diimpikan.
Maka tidak hairan hari ini sekiranya di pasaran terdapat pelbagai jenis dan jenama produk kecantikan dalam usaha merealisasikan impian setiap wanita untuk kelihatan cantik.
Salah satu produk yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat hari ini ialah sabun 'jongkong emas' keluaran Zmasha Marketing Resources.
Aziela Che Nor (tengah) bersama Emma Akma dan Jaafar Onn pada majlis majlis memperkenalkan duta produk Zmasha di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berfungsi sebagai antipenuaan, mencerah, melembap dan merawat, sabun ini sememangnya dicipta khas untuk menjaga kebersihan wajah yang sebenar.
Dijadikan sebagai pencucian asas sehari dua kali dan dijadikan masker seminggu sekali selama lima minit, ia membuatkan wajah kelihatan bersih berseri dan cerah sekata.
Menurut Pengarah Urusan ZZ Beauty Slim Healthy, Aziela Che Nor, sabun tersebut dirumus khas dan diperkaya dengan ekstrak semula jadi berupaya membersih kulit dengan lembut sambil mengekalkan lembapan asli tanpa menjejaskan struktur kulit.
"Sabun ini mengandungi 24K emas tulen, 99.9 peratus serpihan hablur emas tulen yang padat dan bentuknya yang unik seperti 'jongkong emas' membuatkan ia istimewa untuk merawat dan kebersihan wajah yang sebenar.
"Dengan formula pelbagai fungsi, ia turut melindungi sistem pemuliharaan kulit serta mengurangkan kedutan, meningkatkan kelembapan dan merangsang pemulihan kulit.
"Insya-Allah, kulit akan sihat berseri apabila ia berada pada tahap kesihatan yang terbaik," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini pada majlis memperkenalkan duta produk Zmasha di Kuala Lumpur.
Pada majlis tersebut, artis tanah air Emma Akma dan Jaafar Onn telah dilantik sebagai duta sabun 'jongkong emas' Zmasha.
Pemilihan mereka adalah berdasarkan masalah kulit yang dihadapi selain faktor usia.
Mengulas lanjut mengenai sabun 'jongkong emas' keluarannya syarikatnya, Aziela memberitahu bahawa hablur emas yang digunakan di dalam sabun tersebut diimport dari Perancis.
Selain hablur emas, sabun 'jongkong emas' turut mengandungi bahan-bahan seperti lemon dan soya.
"Teknologi ekstrak emas 24K membantu mengurangkan kedutan dan meningkatkan kolegen untuk keanjalan kulit.
"Emas mempunyai antioksidan yang tinggi dan mampu menggalakkan penyerapan molekul oksigen ke dalam kulit dan membolehkan fungsi selular berada pada tahap paling tinggi.
"Selain itu, bahan seperti lemon adalah untuk mencerahkan kulit, menutup pori-pori dan juga vitamin C yang diperlukan oleh kulit.
"Sama juga seperti lemon, kacang soya turut berfungsi untuk garis-garis halus, kedut dan melembutkan kulit," katanya lagi.
Walaupun hanya berada di pasaran sekitar Februari lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan hingga hari ini stokis keseluruhan adalah seramai 150 orang yang meliputi seluruh negara.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web www.zzbeauty.com.my atau hubungi talian 03-40225942.
SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_04.htm
Persoalan Emas
Wednesday, July 20, 2011
Tuesday, May 31, 2011
Selepas emas, warga India kejar perak pula
NEW DELHI 30 Mei - India, pengguna emas terbesar dunia, kini giat menyimpan perak untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga berbanding emas.
SEORANG peniaga perak menimbang barangan kemas yang diperbuat daripada logam itu di Ahmedabad, India. Peningkatan harga perak menyaksikan barangan yang diperbuat daripada logam tersebut dikitar semula untuk ditukarkan dalam bentuk jongkong bagi memudahkan ia diniagakan. - REUTER
Permintaan bagi perak yang kini diniagakan pada kira-kira 58,500 rupee sekilogram (RM4,034), melonjak di seluruh India apabila jualan mencecah 600 tan metrik hingga April, sedangkan jumlah penggunaan tahun lepas hanya 2,800 tan metrik.
Di bandar-bandar utama India, emas diniagakan pada kira-kira 22,820 rupee (RM1,574) bagi setiap 10 gram.
"Harga emas terlalu tinggi, jadi orang lebih banyak membeli perak kerana ia lebih murah dan kadar peningkatannya lebih tinggi. Mereka beralih kepada perak bagi tujuan pelaburan.
"Jika monsun baik, permintaan bagi perak tahun ini dengan mudah boleh mencecah 3,500 hingga 4,000 tan metrik," kata Presiden Persatuan Jongkong Bombay, Prithviraj Saremal Kothari kepada Bernama.
India mengimport hampir 800 tan metrik emas setahun dan 3,000 tan metrik perak bagi menampung penggunaan tempatan. Tetapi, emas, yang dianggap sebagai barangan yang membawa tuah di kalangan isi rumah India, masih menikmati permintaan tinggi.
Selepas musim panas yang sangat terik, petani-petani India menunggu musim monsun tiba, yang boleh menghasilkan tuaian yang lebih baik sekali gus menghasilkan lebih banyak wang bagi mereka.
Yang menariknya, sebahagian besar penduduk pedalaman India merupakan pembeli perak terbesar.
"Sebanyak 75 peratus penduduk pedalaman India membeli perak, jadi, permintaan bagi masa akan datang bergantung kepada monsun," kata Kothari.
Seperti pada masa-masa lalu, permintaan dijangka muncul dari kawasan pedalaman India, yang merupakan tempat tinggal 65 peratus daripada penduduk India dan kebanyakan mereka melabur dalam barang kemas.
"Pendapatan di kawasan pedalaman India telah meningkat disebabkan hasil daripada musim monsun yang baik, pengeluaran lebih tinggi dan disebabkan oleh skim-skim guna tenaga kerajaan. Monsun kali ini dijangka lebih baik," kata Anjani Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif National Spot Exchange Ltd. yang berpangkalan di Mumbai.
Golongan pertengahan India yang semakin ramai memasuki pasaran perak dan pelancaran e-perak yang memperkenal penjualan dan pembelian dalam talian, terus mencetuskan permintaan bagi logam itu. - BERNAMA
SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_05.htm

Sunday, March 6, 2011
Sandarkan pada 999.9
MEMANG mereka bukan Tuhan. Tapi mereka punya fakta kukuh pengandal hujahan. Bukan saya kemukakan cadangan tanpa mengkaji kesahihan pendapat pakar-pakar ekonomi dunia yang meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yang bakal meranapkan tugu ekonomi kapitalis, selama ini mendominan.
Tegar benar dia mempersenda usul saya agar membayar separuh daripada gaji tenaga kerja syarikat dengan dinar dan dirham. Mengganda penyimpan nilai aset syarikat selain dalam saham hartanah kepada bentuk emas tulen logam terindah ciptaan Allah.
Melihat dia masih lagi sangsi, saya tampilkan pentaukid bukti dengan mengutip bicara bapa ekonomi Islam. Ibn Khaldun menegaskan, jika tidak guna emas sebagai mata wang, ia mengundang krisis kewangan. Amaran itu sudah ternyata sahih apabila dunia menyaksikan tercetusnya krisis kewangan 14 tahun lalu secara berepisod. Malah kali ini dijangka lebih teruk.
Masakan dia tak faham, apabila ekonomi kapitalis menjunam, semua orang tidak lagi boleh membuat sebarang transaksi apatah lagi mengambil wang dalam mana-mana institusi perbankan? Hairan yang bukan kepalang melontar asak tanya saya ke kantung e-melnya.
Bukankah pernah kita berbincang selepas pulang dari menghadiri ceramah Matthias Chiang?
Kau terpegun apabila bekas penasihat politik Tun M itu jujur dalam wacananya biarpun kedengaran sangat gerun. Buku Future Fastfoward tulisan penganut Kristian Katolik yang anti Zionis itu sama-sama kita kupas sambil menikmati sepiring sukun.
Tidak cukupkah lagi bukti-bukti himpunan Chiang berupa kenyataan oleh penasihat-penasihat Bush, profesor di Havard dan Oxford, tulang belakang IMF, Bank Dunia dan para sifu Zionis yang mahir memanipulasi segala sumber kekayaan yang menyatakan sistem ekonomi kapitalis akan berantakan?
Bukankah kau sedia maklum tentang keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930-an? Lupakah juga kau bahawa dunia ini sekadar pinjam-pinjaman dan segalanya berkemungkinan? Sayang sekali hal sedemikian tidak dibahaskan dalam perhimpunan parti tahunan meski ia kian hampir menjadi kenyataan. Lima tahun bukanlah tempoh yang panjang, kawan!
Persoalan demi persoalan yang tidak dapat saya ajukan secara berhadapan, semuanya saya hantar ke mel elektroniknya. Sementara jiwa saya bertambah yakin apabila kakak yang pernah mewawancara Prof. Umar Vadillo ketika dia datang bertemu Tun M di Hotel Prince, teguh menyokong usaha saya ini.
Kakak berkongsi ilmu hasil menemubual pengkaji sistem kapitalis terkenal itu yang menerangkan secara rinci tentang sistem ini memang di ambang kehancuran. Sebab itulah ramai bijak pandai sekarang mulai beli duit emas keluaran syarikatnya yang beribu pejabat di Dubai dan bercawangan di Labuan.
kemusnahan
Ujarnya tanpa sembunyi, warga Malaysia paling banyak simpan duit emas dalam akaun syarikatnya ialah dua orang Tun. Maknanya kedua-dua Tun ini sememangnya sudah lama bersedia untuk menghadapi kemusnahan sistem ciptaan Yahudi ini.
Bagaimana lagi harus dia, saya yakinkan? Sesekali datang perasaan mahu sahaja membiarkan lelaki lewat 30-an yang memang sinonim dengan kedegilan itu meniru aksi Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Tidak tergamak pula rasanya untuk membiarkan kawan baik sendiri hanyut tanpa pertolongan.
Mungkinkah kerana perkenalan dengan rakan laman sosialnya yang dikatakan sanggup terbang dari Manhattan dan menawarkan diri untuk bekerjasama dengan anak syarikat Wangsajati itu punca utama rakan kongsi saya tiba-tiba bertingkah fikrah, memacu hala tuju sendiri?
Usai mesyuarat tadi, tidak saya sangka sama-sekali dia bangun dengan suara keras lalu menyanggah berapi-api cadangan saya agar membeli dan menyimpan aset emas dalam bentuk jongkong dan dinar buat bekalan menghadapi wabak krisis ekonomi yang bakal menular.
Barangkali, perancang strategi pelaburan syarikat Wangsajati itu perlu membaca sebuah lagi buku karangan Profesor Kamil Shufaad Bakri dari Fakulti Ekonomi di Taman Ilmu dan Budi. Zarah-zarah intelektual saya mula berdiskusi, mengusulkan cadangan berisi.
Susunan harta intelektual bangsa yang saya atur rapi menghiasi almari kamar bacaan, satu demi satu diamati. Akhirnya saya temui sejilid catatan sendiri ketika mendengar kuliah Prof. Shufaad Norani. Sayang sekali judul bukunya dirosakkan oleh tumpahan air pada dakwat basah atas kertas itu. Indera, minda dan jiwa pantas membaca ringkasan saya tulis baris demi baris.
Wang kertas atau dipanggil juga wang elektronik dalam bentuk angka itu sebenarnya tidak wujud pun dalam bank. Duit kertas yang disimpan di bawah bantal atau dalam tabung di rumah pula, saban tahun akan menyusut dan mengecut nilainya dengan teruk. RM1,000 hari ini tidak boleh membeli barang yang sama pada masa depan.
Peluh dingin mulai merenik dan perlahan-lahan berkumpul menuruni alur dahi terutama apakala saya tekun membaca penerangan ilmuan itu seputar kreasi wang (money creation) oleh pihak bank. Masalahnya, cerita fasal ini tidak disiarkan dalam akhbar arus perdana negara.
kebenaran
Betapa kesal saya memikirkan akhbar utama hanya memetik bulat-bulat laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang jauh menyimpang dari kebenaran. Apa salahnya jika sesekali kutiplah juga isi-isi dari dalam akhbar sekutu Zionis seperti Herald, Weekly Commentator atau Jerusalem Post. Bukan payah pun untuk akses versi maya. Inilah akhbar yang menemani sarapan pagi sifu-sifu Zionis.
Saya bertekad mahu mempertahankan pendirian saya di hadapan semua pemegang saham utama syarikat. Gigih saya menyelidik melalui Internet tentang kecairan wang. Kemudian saya kaji dengan mendalam hakikat kekayaan sebenar dalam Islam.
Jantung saya bagaikan disambar petir apakala minda mentafsir informasi menzahir. Ia sama seperti sejak dari alam kuliah lagi sudah pun saya fikir. Tanah. Moleknya berlokasi di tepi sungai atau yang berhampiran dengan sumber air mengalir. Emas dan perak. Sekali lagi dengupan jantung mengeraskan rentak.
Az-zahab wal fiddah inilah yang sedang dikumpul oleh juak-juak Zionis. AS dan Eropah dijadikan lokasi penyimpan rezab emas terbesar. Berkehendakkan emas, mereka tukar kepada negara lain dengan duit kertas. Puak-puak Zionis inilah juga pemilik bank-bank utama dunia yang rancak mengatur dan memanipulasi kewangan dunia tanpa puas.
Mustahil Mukallaf lupa akan sejarah dan asal-usul institusi perbankan? Amat tidak logik kalau dia tidak tahu yang kita semua satu dunia, simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tidak akan bernilai di kemudian hari. Bukankah berlambak-lambak dalam laman sesawang bercerita tentang "kematian wang"?
Tidakkah sarjana ekonomi itu baca apa yang saya baca, sedangkan selama ini pemikiran kami serupa?
tercemar
Tanah, emas, minyak dan air bersih. Saya pahat empat khazanah Allah yang bernilai ini dalam benak. Sebak dada saya membayangkan air akan tercemar dengan teruk di masa depan. Sekarang pun sumber utama air iaitu sungai banyak yang tercemar. Kita sewenang-wenangnya mengabaikan kebersihan walhal ia warisan yang kita pinjam daripada generasi akan datang.
Saya masih belum berpuas hati dengan segala bahan yang saya kumpulkan sebagai isi presentasi esok. Saya teruskan pembacaan di talian maya.
BBC melaporkan pada tahun 2001, air Sea of Galilee (sebenarnya ia sebuah tasik) di Palestin sedang surut dan belum menampakkan petanda akan pasang semula. Saintis membuat perkiraan dalam tempoh 50 tahun lagi tasik itu akan kontang, tiada setitis pun bersisa. Timur Tengah dan Zionis akan bercakaran kerana air pula.
Menurut pendapat penganalisis kemelut dunia, era dahaga menjarah separuh kedua abad ini lantaran tiada air dan alam maya bakal bergelap-gelita kerana tiada minyak untuk menjana kuasa elektrik setelah habis sumbernya.
Serta-merta saya teringat pada seminar nuklear yang saya hadiri setahun yang sudah. Seorang pakar dari Jepun mengatakan minyak dalam bumi hanya bertahan selama 30 tahun sahaja hayatnya.
Saya bertanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Apa tindakan kita sebab negara tak ada polisi tenaga nuklear?"
Selamba jawabnya, "Tiada komen. Awak tanya sendiri kepada menteri."
Saya hubungi pejabat menteri berkenaan tapi rezeki tidak menyebelahi, dia keluar negara atas urusan peribadi menguruskan pendidikan anak. Ketika itu saya sedang menulis artikel mengenai polisi tenaga nuklear negara sebagai persediaan menghadapi kepupusan minyak.
Kakak juga memaklumkan dia pernah wawancara seorang jutawan emas, Datuk Syukor Hashim yang mengakui dia tidak menyimpan wang kertas (fiat money) dalam bank, tapi simpan duit emas.
Ujar Datuk Syukor, "fiat, perkataan Latin bermaksud 'just to it.' Kublai Khan diisytihar oleh pengkaji matawang sebagai pencipta wang fiat pertama dunia. Ia pupus sedangkan dinar dan dirham musuh wang kertas. Syiling emas seberat 4.25 gram pada zaman Rasulullah dapat membeli seekor kambing dan sekarang dengan nilai 1 dinar bersamaan RM654 pada 1 Mac 2011 juga boleh membayar seekor kambing. Kini setelah 1400 tahun berlalu, harga seekor ayam sekitar 1 dirham (wang perak seberat 2.975 gram) bersamaan RM20.00."
Minda saya teringatkan sesuatu. Tentang tiga buah buku yang berkaitan wang kertas dan hubungkaitnya dengan riba (faedah bank) yang dihadiahkan oleh Datuk berkenaan. Oleh kerana hobi menulis memujuk saya menjadi ulat buku, sengaja kakak minta saya simpan buku-bukunya itu.
Helaian demi helaian buku koleksi pakar penganalisis kewangan itu terus saya hadam tanpa toleh kiri kanan meskipun perut mulai memberi isyarat meminta hak. Saya kira mashlahah ummah dan negara lebih mustahak.
Kalbu saya tak lekang berdoa agar Mukallaf dan para pemegang saham utama syarikat Wangsajati perasan akan peranan riba, duit kertas dan duit elektronik sendirilah punca penyebab kepada kehancuran sistem ekonomi kapitalis yang bakal menjelma sedikit masa nanti.
Sengaja saya memilih judul senjata makan tuan ini untuk digarisbawahkan. Ia bukti jelas krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros pada zaman saya dan Mukallaf selesai mencapai status graduan.
"Ish, masakan semua kandungan bahan bacaan yang aku pinjamkan, telah Mukallaf luputkan dari ingatan?" Komen saya sendirian. Secalit kecewa memalit rasa memikirkan Zedrin Mukallaf sengaja memalapkan obor jiwa sufi fikrah haraki yang bertahun-tahun saya nyalakan dalam kalbu dan mindanya. Mengapa tidak gen ayahnya yang lahir di bumi yang sama dengan Yusuf al-Qaradawi mendominasi peribadi, mengalahkan asuhan ibunya yang taksub dengan gaya keluarga korporat berlatarkan pendidikan sekular negara kiwi?
Rakan kongsi berdarah kacukan Arab-Melayu itu acapkali saya mesrakan dengan kitab-kitab ulama silam. Kekaguman saya kian membara apabila dia mula menyukai fikrah Syed Qutub dan Hassan Al-Banna.
Nama pemberian bonda, kata Mukallaf, sangat sinonim dengan personaliti saya yang baginya memancarkan semangat, sumber tenaga dan sinar cahaya pencerahan jiwa.
Ucapan bombastik itu saya terima daripada Mukallaf sewaktu meraikan kejayaan saya memperolehi tender menyiapkan medan simulasi di Kementerian Pertahanan bagi mempersiapkan perwira negara ke medan peperangan dunia.
Setelah jeda seketika dibuai kenangan silam, selepas hak badan usai saya tunaikan, kewajipan kepada Pencipta pun sudah saya langsaikan. Senaskah al-Quran berkulit keras warna kemilau emas dan bercetak perak mengembalikan ingatan saya kepada tugas untuk memahamkan kawan seperjuangan apa sebenarnya hakikat kekayaan yang agama sarankan.
Maha Suci Allah menyerlahkan kebenaran nyata. Tatkala membaca Surah Yusuf, terkesima saya seketika. Tentera-tentera sebak, sayu dan hiba mula menguasai kota jiwa. Genangan di tubir mata gagal diseka, mula berkompromi dengan rasa.
Wahai Nabi Allah Yusuf a.s, betapa bersyukur dan berterima kasih daku atas kebijaksanaan dan kasih sayangmu sejak berabad lama dahulu. Segala peringatan dan pesananmu akan daku hebahkan.
Bersaksilah bahawa akan aku gegerkan betapa AS sekarang, selain emas dan minyak, sedang giat menyimpan sebanyak-banyaknya stok makanan.
Duit kertas dan duit elektronik dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berlegar- legar di luar AS. Menanti saat kejatuhan.
Begitu saya berkasam pada diri sendiri selepas menghayati intipati Surah Yusuf dan merujuk banyak rencana mengenai krisis dolar Amerika. Saya menterjemah kenyataan Warren Buffet, pelabur terulung dan manusia kedua terkaya di dunia.
"Kenaikan harga emas ini disebabkan ia tidak memiliki nilai nyata kecuali harga pasaran."
Dan kenyataan Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, dipetik sebagai berkata, we have a 75% chance of a crisis within 5 years.
Semoga ada yang berasa seperti terkena getah nangka dengan kesengajaan saya mengekalkan bahasa ibunda Volker sebagai penempelak kepada ahli lembaga pengarah yang gemar meminjam lidah penjajah ketika bersidang di meja bulat syarikat yang sepenuhnya berstatus bumiputera.
Berpuas hati dengan segala dalil hujahan, sepenuh keyakinan saya khatamkan akhir perenggan kesimpulan dengan sepotong hadis daripada Abu Bakar Ibn Abi Maryam yang meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Suatu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang tinggal berguna kecuali dinar dan dirham." (Musnad Imam Ahmad bin Hanbal). Sebuah tanda tangan saya turunkan pada halaman akhir kertas pembentangan jelas boleh dibaca. Kirana.
Melalui sistem khidmat pesanan ringkas, saya kirimkan sebuah gubahan aksara kepada Mukallaf dengan iringan doa agar Allah sudi membaiki kompas imannya yang terbabas.
Setia mengajar saya, jika mahu jadi pencinta budiman sandarkan pada kenangan dan bijaksana mengajar saya, jika mahu jadi hartawan dermawan sandarkan pada emas 999.9!
SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0306&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm&arc=hive

Thursday, February 17, 2011
30 Kelebihan Menyimpan Emas
Secara jujurnya, apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?
Ada yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilauannya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak-anak dan isteri. Tapi umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam.
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, emas adalah sangat-sangat bernilai.
Kata warga tua, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja).
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan mendirikan 'masjid'.
Kata pakar ekonomi pula,
“Setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu.”
Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya. Maka antara 30 kelebihan melabur di dalam emas adalah:
1) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
2) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
3) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.
4) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
5) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu harga naik.
6) Aset simpanan apabila keadaan di mana sistem ekonomi jatuh.
7) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi.
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960-an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
8) Pelaburan yang selamat, jika jumlah simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
9) Aset yang boleh diwariskan tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.
10) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
11) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
12) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna yang takkan hilang selamanya.
13) Senang untuk dibawa ke mana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dan bentuk.
14) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
15) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yang membazirkan.
16) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli untuk mengelak dari kekangan matawang dollar.
17) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
18) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam (jika cukup syarat).
19) Membantu kewangan negara. Membeli emas di dalam negeri dapat membantu aliran matawang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
20) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
21) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
22) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
23) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrap.
24) Hutang Amerika Syarikat yang berjumlah trilion dollar boleh tumbang pada bila-bila masa sahaja dan bakal menyebabkan recession di seluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
25) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup. Mesin ATM? Erm..
26) Backup di dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya.
27) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
28) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
29) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
30) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh dicipta.
Last sekali (tambahan), emas sebagai HANTARAN KAHWIN!! MANA ADA ORANG KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. Maka kahwinlah cepat… :)
SUMBER - http://www.hargaemas.com.my/30-kelebihan-melabur-dan-menyimpan-emas

Saturday, January 29, 2011
OCBC Jangka Kenaikan Emas Terhad Tahun Ini
KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kenaikan emas dijangka terhad tahun ini disebabkan oleh pengurangan pegangan emas sebagai komoditi selamat dan ekuiti yang menjadi kaedah pelaburan pilihan, kata OCBC Bank.
"Kami menjangka minat risiko bertahan dalam separuh pertama tahun ini, justeru itu, kedudukan emas dijangka turun perlahan-lahan," kata bank itu dalam nota penyelidikan komoditinya hari ini.
Ia berkata, harga emas tidak dijangka didorong oleh minat spekulatif kali ini dan pasaran kurang bulis bagi harga emas.
Sekiranya keyakinan ekonomi berbalik, ini boleh menyediakan pola harga tidak menentu bagi emas, kata bank itu.
Emas turun kepada AS$1,313.93 (RM4,007.49) satu aun semalam selepas paras tinggi AS$1,420.80 (RM4,333.44) pada 31 Disember tahun lepas, mewakili penurunan sebanyak 7.5 peratus.
OCBC berkata, buat masa sekarang sokongan segera bagi emas ialah pada AS$1,300 (RM3,965), diikuti AS$1,285 (RM3,919.25).
"Jika ini dikeluarkan, harga emas mungkin kembali semula kepada sekurang-kurangnya sekitar AS$1,250 (RM3,812.50)," kata bank itu. - BERNAMA
SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_06.htm

Tuesday, January 18, 2011
Mata Wang Kertas Masih Perlu
KUALA LUMPUR 17 Jan. - Negara Islam perlu terus menggunakan mata wang kertas dan bukan dinar emas memandangkan sejarah menunjukkan sistem duit syiling boleh meningkatkan kadar faedah, dan inflasi sukar dikawal.
Profesor Sejarah Ekonomi Perbandingan di Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF), Dr. Murat Cizakca berkata, wang sepatutnya berperanan sebagai medium tukaran, bukan komoditi.
"Kita perlu terus menggunakan mata wang kertas, dan bank-bank pusat yang mengawal mata wang kertas wajar mempunyai autonomi penuh," katanya.
Cizakca berkata demikian dalam syarahan umum bertajuk 'Dinar Emas Islam: Mitos dan Realiti' anjuran Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun dan INCEIF di sini hari ini.
Beliau berkata, bekalan emas didominasi oleh negara bukan Islam.
"Dinar emas akan terdedah kepada spekulasi memandangkan harga emas juga turun dan naik.
"Oleh itu, negara Islam wajar terus menggunakan mata wang kertas dan meningkatkan perdagangan sesama mereka dan akhirnya bersetuju menggunakan mata wang kertas yang sama pada masa depan," katanya.
Sementara itu,Ketua Ekonomi dan Perancangan Strategik Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin. yang mengulas pendapat Cizakca, berkata:
"Dalam sejarah, sudah terbukti penggunaan mata wang berasaskan komoditi tidak membantu mengekang inflasi."
Beliau berkata, apabila inflasi tidak dapat dikawal, gaji sebenar rakyat turut jatuh.
"Peranan mata wang ialah sebagai medium perantara pertukaran, dan apabila mata wang berasaskan komoditi, nilai mata wang akan banyak bergantung kepada komponen komoditi dan kita tidak dapat lari daripada 'naik turun', kata Azrul Azwar. - Bernama
SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Saturday, January 15, 2011
Pertumbuhan Ekonomi Global: Harga Komoditi Dijangka Melonjak
KUALA LUMPUR 14 Jan - Permintaan yang kian meningkat di pasaran-pasaran baru muncul, dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah diikuti dengan bencana alam seperti di Brisbane, Australia, yang menjejaskan pengeluaran akan terus menolak naik harga-harga emas, minyak dan logam.
"Pertumbuhan ekonomi global, didahului oleh permintaan pasaran baru muncul dan meningkatnya asas- asas di dunia maju akan merangsangkan harga," kata Steven Yong, ketua pelaburan strategi dan penyelidikan dan produk pengurusan kekayaan Citibank.
Beliau berkata, harga emas boleh naik ke purata AS$1,503.60 (RM4,586) seaun tahun ini dan AS$1,438.20 (RM4,387) seaun tahun depan sementara harga-harga West Texas intermediate (WTI) boleh melepasi purata AS$100 (RM305) setong pada tahun 2011 dan 2012.
"Tetapi, adalah tidak mungkin yang harga minyak akan melonjak ke paras tinggi sejarahnya iaitu AS$147 (RM448) setong memandangkan ekonomi global belum lagi sekukuh seperti sebelumnya," kata beliau.
Keuntungan selanjutnya turut dijangka terhadap kebanyakan harga-harga logam asas dalam jangka pendek dan sederhana dengan keutamaan kepada aluminium dan tembaga, kata beliau dalam satu persidangan akhbar.
"Ini terutamanya disebabkan oleh permintaan pasaran baru muncul yang begitu menggalakkan, khususnya penggunaan yang kian meningkat di China dan India dan beberapa kekangan dalam bekalan," kata beliau.
Yong berkata, permintaan daripada negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah juga boleh memacu harga-harga logam.
Sehubungan itu, para pelabur seharusnya meninjau negara-negara yang boleh mendapat manfaat daripada trend ini seperti Brazil dan Rusia dengan Brazil merupakan antara pengeluar berkos paling rendah dalam komoditi-komoditi pertanian seperti keluli, besi dan pulpa.
"Perbelanjaan infrastruktur dijangka meningkat di celah-celah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2016. Oleh itu, pertumbuhan 4.5 peratus yang kukuh diunjurkan tahun ini dan tahun depan di Rusia," kata beliau.
Yong berkata, harga minyak ialah pemacu kukuh dalam pasaran ekuiti Rusia dengan sektor tenaga menguasai lebih 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), hampir 70 peratus daripada pasaran ekuiti Rusia.
Selain daripada itu, Rusia mempunyai penilaian yang paling murah di kalangan pasaran-pasaran baru muncul iaitu tujuh kali ke hadapan pendapatan setakat 7 Disember 2010.
Yong berkata, bencana yang dihadapi Australia pada masa ini yang telah menjejaskan pengeluaran arang batu, telah memberi manfaat negara-negara seperti Kanada. - BERNAMA
SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

Subscribe to:
Posts (Atom)